Bahagia andai terus tersenyum |
Semester ini aku akan melaluinya tanpa PTPTN. Pinjaman aku telah disekat kerana pencapaian dalam pelajaran yang mengecewakan dan tidak memenuhi syarat untuk dilanjutkan pinjaman. Senyum tidak perlu kata apa-apa. Insya Allah, ini pengajaran untuk diri aku sendiri yang sangat bena tak bena dengan pelajaran sendiri. Ayah, kakak-kakak, maafkan puteri bongsu ini yang telah dihanyutkan perasaan. Bergenang juga mata saat melihat baki akaun tempoh hari, namun sendiri buat sendiri tanggunglah kan. Jadi, aku harus terus dan terus tersenyum.. Yeah!
Alhamdulillah, sudah bertemu mata dengan teman seangkatan yang banyak membantu aku. Sudah bermula kelas pastinya payah untuk bertemu, jadi alhamdulillah, permulaan semester aku bertemu sudah dengan Ainul, Rokiah, dan Habibah. Istimewanya, empat hari Kak Husni menghuni bilik aku. Suka sangat. Bukan selalu aku menerima tetamu di bilik kecil milikku ini, Maaflah dengan keadaan yang tidak sempurna dan perlu tidur atas lantai mozek nan sejuk itu. Tiada makanan... Ish.. apalah aku layan tetamu... Tiitt.... Kak Husni sudah tahu sisi lain seorang Jamilah. Suka membuatkan orang tertunggu dengan kerjanya nan lemah gemalai (baca: lambat. Hihi)
Semester baru.
Cerita baru.
Suasana baru.
Tidak sama.
Memang tidak akan sama seperti yang lalu. Satu demi satu perubahan. Cerita lama berganti cerita baru... Bersedialah wahai diri untuk menerima perubahan itu. Keep smiling, wokeh!
Rasa mahu tampar-tampar muka sendiri yang cepat membiaskan riak akan rasa dalam diri. Agaknya orang lain membaca reaksi dan lebih percaya akan bahasa badan berbanding percakapan aku. Huwaaaa... Aku boleh menipu dengan bicara manis namun mengapa badan sering tidak bekerjasama? Tulisan juga akhirnya mengkhabarkan semua rasa yang disembunyi dalam bicara. Aku cepat melontarkan riak apabila ada yang tidak kena. Ada yang aku tidak selesa. TIDAKKKK.. Ini sama sekali tidak wajar kerana tanpa sedar aku akan menyebabkan orang lain serba salah, serba tidak kena.. Maafkan aku kalian. Aku langsung tidak berniat begitu... Percayalah.
Ya Allah, lorongkanlah diri ini ke jalan yang Engkau redhai. Jalan yang membuatkan aku teguh berdiri. Meski aku hanya berdiri dalam sunyi, benarkanlah kesunyian itu merubat hati. Permudahkanlah aku dalam menuntut ilmu dan semoga terus kekal dalam diri.
Usah dibiar segala perasaan yang bercampur dalam diri menjadi sesuatu yang merencatkan perjalanan hari. Ah, kamu tidak berdoa bagaimana untuk Allah kabulkan permintaanmu? Tidak boleh kamu ubah semua, sedikit pun jadilah!
Teringat aku pesanan kak Husni ketika kami sama-sama berjalan ke JJ. Biar aku mahu lekatkan ia di sini, biar setelah berulang kali aku baca, ia akan kembali dalam ingatan aku... Terima kasih selalu ingatkan aku.. “Kalau kita tidak kiralah di mana-mana, terjumpa dengan orang yang mungkin pecah tayar kereta atau dalam sekecil mana sekalipun masalah, doakanlah semoga Allah permudahkan urusannya. Dan ketika kita melihat orang yang mungkin auratnya tidak sempurna, ada yang tidak kena dengannya, doakanlah agar Allah berikan padanya hidayah. Kita akan rasa bahagia” [ayat aku sendiri, lebih kuranglah maksudnya]
Alhamdulillah atas segala-galanya. Kisah hidup setiap manusia berbeza agar menjadi pengajaran untuk diri orang lain. Maka, bersyukurlah atas segala yang aku terima walau bagaimana ceritanya. Maka, aku mahu terus menulis sedikit ceritera perjalanan diri sepanjang kehidupan ini... Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan memberi yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah.
senyum tidak perlu kata apa-apa.
Comments