Sahabat mewarnai hariku. |
Orang sekeliling sering membuatkan aku rasa terharu dengan kebaikan mereka. Sahabat yang aku punyai dan gauli tidak ramai namun yang sedikit ini terlalu bermakna buat diri ini. Sahabat manakah lagi yang kita impikan melainkan mereka bukan hanya bersama-sama kita saat senang, namun berusaha memudahkan urusan saat kita tersepit dalam keadaan yang disebabkan diri sendiri. Inilah hikmahnya pinjaman aku disekat, aku tahu bahawa di sekeliling aku masih ramai yang baik. Baik. Baik.
Segan aku. Sudahlah aku bukannya orang yang suka menolong atau pedulikan orang lain. Allah berikan pula aku sahabat yang ingat aku. Terharu. Rasa mahu menitik air mata walaupun hanya sebaris kata atau sebaris mesej yang mereka ucap dan tulis.
“jamilah ada duit tak?”
Kalian. Terima kasih. Insya Allah setakat ini aku masih boleh bertahan. Usah risaukan aku. Aku okey. Insya Allah kewangan aku masih okey. Aku terharu. Aku rasa mahu menangis ketika kalian tanyakan soalan nan satu ini. Terasa bahawa aku yang menyusahkan kalian. Aku membuatkan kalian risaukan diri aku nan seorang ini. Maafkan aku sahabat.... Kak Husni, Habibah, Kak Ema, Ainul.. Marziah yang jauh di mata namun dekat di hati. Maafkan aku jika aku sudah menyusahkan kalian dengan kerenah diri ini. Jangan risaukan diri aku ya.
Tak apa kan makin kurus? Hihi. Biarlah nampak sekeping papan atau tidak cantik, kan?
Allah, terima kasih memberikan aku sahabat yang baik. Mereka membuatkan aku mahu lari jauh-jauh sembunyi dalam gua jauh di dalam gunung. Malunya aku dengan diri sendiri dan mereka. Kerana masalah ini mereka tidak lupakan aku. Namun mana mungkin aku bertindak demikian kerana Jamilah sekarang bukanlah Jamilah yang dahulu lagi. Aku tidak mampu lagi hidup bersendirian seperti dulu-dulu. Aku tidak boleh diam seorang diri... Aku senang apabila nampak senyuman orang lain. Melihat kesungguhan orang...
*kesat mata yang basah*
Ya, aku perlu bertabah. Seperti lagu yang sedang aku dengar mengiringi penulisan entri ini. Doa oleh kumpulan Nice. Baris demi baris nasyid itu membuatkan aku tersedu. Betapa doa itulah sebenarnya senjata orang Muslim. Allah dengar doa sahabat buat sahabatnya dalam diam. Kata-kata kita doa...
*carilah lirik lagu ini di google*
Terima kasih, Allah....
13 September 2011.
Bawah Meja Qamar Durrah.
Comments