Skip to main content

Perihal Janji.


Senang untuk menutur janji, namun sukar untuk mengotakan semua yang telah dilafaz. Tidak kisahlah janji dengan diri sendiri orang atau orang lain.

Janji dengan kanak-kanak jangan sekali dimungkiri. Mereka punya ingatan yang kuat dan akan ingat segala janji kita kepada mereka. Walau kita 'menipu' atau 'berhelah' dengan mereka, mereka akan katakan ia sesuatu yang benar.

Mereka manusia suci yang tidak faham apa itu tidak betul, tidak benar atau tipu.

..Maka aku benar-benar terperangkap dengan janji..

Sudah berapa banyak agaknya janji yang telah aku taburkan namun tidak pula aku penuhi? Berdosa...

Bersalah tidak memenuhi janji. Kadang sengaja dimungkiri, ada ketika 'pending' , lalu mesej yang disampaikan tidak sampai pada aku. Janji hanya tinggal janji.

Esok aku berjanji untuk menyerahkan manuskrip yang siap diedit dan diolah semula kepada yang sepatutnya. Hakikatnya, belum satu muka yang aku sentuh.

Semalam sudahlah seharian aku habiskan dengan melayan kerenah diri sendiri yang apabila mula ia buat hal, satu kerja tidak jadi.

Assignment yang sudah seminggu atas meja, baru ditulis pagi ini kerana akan dihantar pada tengahari. Masih menangguhkan assignment individu, dan esok barulah bersentuh kerana petangnya perlu dihantar pada ustaz.

Berbuih mulut nasihatkan diri sendiri, masih mengulang tabiat lama, perangai sama.

Berkeping-keping peringatan ditulis kononnya untuk nasihatkan diri, akhirnya hanya tertampal kaku di dinding.

Walaupun ustaz Asem baik, kena balas kebaikan ustaz dengan kebaikan juga, jangan diberi tuba lagi kepada insan yang mengajar kamu..

Hm...

[lalu teringat kedegilan dan kesengalan jamilah semester lalu]




I like this picture and the words...

Pertengahan semester,
Jangan dilayan sangat perangai dalam diri,
Sudah selalu begitu,
Awalnya semangat,
Tengahnya makin buat perangai.

Sudah,
Lupakan yang lain.




Ingat ayah di rumah,
DUIT KAKAK yang banyak kau minta (tidak malu punya adik)
Diri yang menanti kejayaan sendiri.


Dan lain-lain..

Sudah, berhenti membebel untuk diri sendiri....
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...