Skip to main content

Masih Aku Di sini...

Aku tahu betapa kesakitan menyakiti perasaan orang lain lama-lama akan merantai diri. Ia sesuatu yang tidak dapat dinukil dengan aksara dan diterjemah dengan titisan air mata. Lukanya akan kekal di situ hingga ia sembuh sendiri.

Berulang kali mereka memberi mesej bertanya sudahkah aku mendapat kerja. Aku tidak kisah. Semuanya terjadi kerana perbuatan aku dan dangkalnya diri dalam mencari kehidupan sendiri. Belajar main-main seolah-olah semuanya akan dapat dengan hanya pejamkan mata. Aku tahu, aku tidak serius langsung dalam belajar. Allah memberi lebih. Lebih daripada usaha aku selama ini.

Menulis di sini banyak membuka pekung di dada sebenarnya. Biarlah. Kalian yang membaca apa yang aku tulis, usah menjadi seperti aku. Aku yang pandai menyakiti namun tidak pantas meminta maaf. Aku yang suka ikut perasaan, tidak pandai meluah rasa, egositik, sombong, tidak pernah tolong orang. Apa yang kalian baca, apa yang kalian lihat segala yang aku nukil dalam manuskrip ini, adalah terjemahan rasa. Sisi yang aku boleh ceritakan kepada orang lain.

Istilah baik memang tidak kena dengan diri aku. Allah telah hadirkan ramai manusia yang baik dan berbudi dalam hidup aku, namun aku sering gagal menghargai. Aku tidak tahu menilai antara kaca dan permata. Aku hanya tahu menjaga perasaan dan ego sendiri. Ya. Aku manusia yang kaya dengan ego.

Biarkan aku menulis semuanya. Biarlah aku lontar segala yang aku rasa dengan aksara. Bila kata-kata tidak dapat aku terjemah, tulisan lebih banyak menwakili perasaan itu. Perasaan yang kian bernanah dan hanya menanti lahar untuk dilontarkan.

Seakan mahu sahaja aku pulang ke kampung namun hakikatnya aku tidak bersedia berdepan dengan ayah. Hubungan aku dengan ayah tidak sebaik orang lain. Ayah aku baik. sangat-sangat. Hanya aku anak yang tidak tahu menilai dan menghargai. Aku seakan tidak berusaha untuk menghargai dan cuba untuk memahami perasaan seorang ayah.

Tidak banyak ayah tahu tentang kehidupan aku kini. Banyaknya ayah tahu melalui kakak-kakak yang mengkhabarkan kepadanya. Ingatan itu ada. Ayah itulah ayah aku. Ayah itu yang kehidupannya membesarkan aku. Ayah yang jasanya tidak akan pernah sekali dapat aku balas. Ayahku yang hanya ada seorang.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Semuanya kembali seperti biasa kini. Semoga aku akan beroleh pekerjaan yang sesuai untuk menampung yuran semester depan. Aku sedar kedudukan aku yang diatas pagar sekarang. Silap langkah lagi, hanya sampai sini perjuangan aku sebagai seorang pelajar UIAM. Ketika itu aku yang akan ucapkan selamat tinggal untuk semua. Aku yang tinggalkan kalian terlebih dahulu tanpa sempat grad.

Namun,
aku juga manusia yang punya harapan.
Biar tidak terlakar di sini.
Biar tidak pasti.
Allah mengerti apa terjadi,
Baik untuk diri.

Allah.

Bilik tivi. 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...