Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Kisah Berulang.




New hope.
Ya Allah, semua yang Engkau beri adalah yang terbaik untuk aku. Aku percaya dan sangat percaya sesungguhnya Allah mengaturkan yang terbaik walaupun pada zahirnya seakan ia meragut separuh kekuatan diri yang baru bertunas semula. Kisah berulang lagi dalam versi berbeza.

Ya Allah, sesungguhnya akan aku terus bangkit dan bangkit demi sebuah kehidupan. Sedar aku bahawa telah banyak masa yang aku bazirkan, Telah beribu duit kakak-kakak digunakan untuk aku, tidak terkira pelaburan ayah untuk aku. Aku tahu, akan sampai mereka penat dengan ulah yang aku reka. Akan tiba satu saat aku perlu menanggung akibat daripada satu demi satu peristiwa yang terjadi dalam lipatan kisah harian aku.

Salah aku.
Bukan salah orang orang lain.
Bukan salah sesiapa.

Lalu, semalam, air mata itu menganak sungai lagi. Sukar untuk dihentikan sebagaimana sukar aku memulakan tangisan. Air mata ini terhad pada masa dan tempoh tertentu sahaja.

Akhirnya, aku percaya dan terima. Ini takdir terindah dalam hidup aku.

Walaupun ayah akan sedih lagi.
Meski entah apa kata-kata yang terlontar lagi..

"Patutlah dia telefon minta maaf, lepas tu ada surat sampai rumah."

Kali ini tidak dapat telefon. Namun ada lagi surat yang sampai du rumah.

Entah siapa yang mula baca.

Salah diri aku sendiri.

Lantas, aku perlu mengorek lubang sendiri untuk mencari duit bayaran semester depan.
Lalu, aku perlu berusaha mengumpul wang belanja semester depan.

Benar,
semua kakakku sudah bekerja.
Mereka juga ada kehidupan dan perlukan wang.
Aku sendiri tahu malu untuk terlalu kerap meminta wang.
Tidak sesekali aku minta wang pada ayah.

Teringat kata ustazah Nadwah,
"Kamu tak mahu beri duit pada ayah ke?"

Saat itu tersentap rasa.
Mengalir lagi air mata.
Menangis mendengar satu demi satu nasihat ustazah Nadwah.
Namun di manakah hilangnya semangat itu?

Allah.
Semuanya terbaik untuk aku.
Terbaik untuk aku.
Terbaik untuk aku.
Terbaik untuk aku.

Walau berulang kali kisah sama berulang.

Tidak aku berhenti.
Walau hanya merangkak kini, menuju destinasi.

durrah nur aqilah.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...