Skip to main content

KAU ILHAMKU

*edisi posting semula.
*mode bercuti + bersiar-siar menunggu final.

***
Mendengar lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan karya(cerpen). Sebelum ini jika di sekolah rendah, bolehlah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tidak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 1999, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio.

Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok.

Cerpen pertama yang berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bangku SMKAB di tingkatan tiga. Menunggu keputusan PMR diumumkan. Aku gunakan kesempatan ini untuk cuba-cuba mengarang. Bukan serius. Merujuk cerpen-cerpen popular yang ada di pasaran ketika itu ditambah buku-buku cinta yang ada di rumah yang jadi bahan untuk aku hadami. Aku tak tahu apa bagaimana menggunakan laras bahasa yang betul.Aku banyak menggunakan gaya bahasa yang melewah. Menulis apa yang aku rasa mahu tulis, main hentam je. Akhirnya cerpen ini disiarkan walaupun bukan cerpen yang memenuhi kriteria. Tajuk yang aku berikan akhirnya dan agak panjang namun diedit hingga ceritanya sampai kepada pembaca. Diberi tajuk oleh editor ‘vila igauan’. Mungkin kasihan dan sebagai pengajaran kepada mereka-mereka yang mahu belajar.Dapat juga RM100.00.

Aku ada juga menhghantar cerpen kepada majalah-majalah lain, namun tiada satu yang melekat. Lantaran ketika itu aku menulis tangan tanpa ditaip terlebih dahulu. Pengajaran, jika mahu menghantar kepada mana-mana penerbitan perlu menggunakan tulislah bertaip kemas.

Kini walaupun tak banyak sekurangnya ada juga cerpen yang tersiar, puas walaupun tak berkualiti, sekurangnya dapat berkongsi dengan pembaca apa yang aku mahu.

Okey, setakat ini dulu perkongsian yang dapat aku nukilkan di sini untuk tatapan pembaca. Sekadar berkongsi pengalaman, nauzubillah daripada perasaan mahu membangga. 


Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...