Skip to main content

Cerpen: Ada Ruang Untuknya

 ADA RUANG UNTUKNYA 
Remaja Oktober 2008
Lu'luah Nur Jamilah




Oh, gambarnya seksa.

Syuhada berteleku, tunduk menekur di katilnya. Hening Aidilfitri membangkitkan rasa keinsafan dan kerinduan yang amat sangat. Bagai termimpi-mimpi. Terus terdengar-dengar segala kesilapan selama hayatnya. Air mata mengalir bagaikan laluan air di lereng bukit, mengalir tanpa henti. Tak ada yang menahan, dia membiarkan pipinya basah.

'Oh Tuhan, apa yang hamba dapat lakukan? Hamba berdosa, Tuhanku, hamba terlalu ingin menyucikan diri hamba. Hamba mengalirkan air mata keinsafan. Tuhan, hamba merenung noda-noda semalam yang ditinggalkan yang melakar dosa-dosa yang hamba lakukan? Ya Tuhan, adakah hanya saat ini? Saat hamba tekun di sejadah, hamba terasa akan hadir-MU. bantulah hamba, wahai Tuhan yang Maha Pengampun.’


Cuaca cemerlang pagi itu. Sang suria tanpa segan memancarkan dirinya dari balik banjaran Bintang yang tegak terpasak di bumi. Awan biru menandakan cuaca baik pagi itu. Syuhada menghabiskan baki cuti semesternya di rumah. Ayah dan Bonda awal-awal sudah tekun mengerjakan sawah bagi meneruskan kehidupan dan mencari sesuap nasi untuk mereka. Dia bersenang-senang di rumah. Atas tiket penat. Hatinya masih jengkel amat dengan tragedi semalam.

"Bonda, Syu berkawan dengan dia hanya untuk suka-suka, Bonda tak boleh halang Syu."

Bonda merenung, hujung matanya ada sayu yang disembunyikan.

“Syu masih mentah dengan sepak terajang dunia. Bonda kenal Fakhrul. Bonda dah lama kenal dia. Tahu perangai dia. Cubalah sekali ini Syu dengar nasihat Bonda."

"Dia baik, Bonda. Tak sakiti Syu."

Cinta membutakan kebenaran. Dia membela Fakhrul. Ada air di hujng matanya.

"Kenapa Bonda terlalu menghalang perhubungan ini?"

Semuanya berpunca daripada kad hari lahir itu. Sampai di tangan bonda dan akhirnya jatuh ke tangan Ayah. Terbongkarlah rahsia yang selama ini tak dapat dihidu. Lima jari melekat di pipi, sengalnya sampai hari ini.

"Abah tak ajar kamu bercinta sebelum ikatan yang sah. Sebelum kamu diijab kabul. Apa ini yang kamu dapat di bandar besar? Ini yang kamu belajar di kampus? Syu, kamu bawa agama, tapi ini yang kamu tunjukkan pada kami?"

Malam itu menjadi seperti sesi diskusi tentang kelakuannya. Di terdiam, benar semuanya, tersingkap kesalahannya. Satu-satu. Ada sedikit kesal, namun ego merajai. Darah muda mendidih. Nasihat bonda dan Ayah bagaikan angin lalu, terbang bersama angin malam.

Dia tidak lena malam ini. Laju tangannya menghantar mesej singkat kepada fakhrul. Fakhrul muncul di kaki tangga rumahnya, ketika Bonda dan Ayah sibuk di bendang.

"Dah siap, jom kita bertolak sekarang. Nanti Bonda Syu balik lain jadinya."

Syuhada bagaikan dicucuk hidung, mengikut Fakhrul. Tak sedar hati Bonda yang tercalar. Buat-buat tak tahu ayah yang amat kecewa. Hanya nota ditinggalkan di pintu rumah.

"Ini keputusan Syu. Selamat tinggal, Syu nak pergi jauh. Bonda dan Ayah tak fahami syu."

Bonda terjelepok membacanya. Ayah terduduk.Balasan dari seorang anak yang ditatang penuh rapi. Dibelai, dimanja. Hanya kerana lelaki, dia lupakan segalanya.

"YA ALLAH, kembalikan anak aku ke pangkuanku."

Doa Ibu tiada hijab. Pasti termakbul. Dia doakan kebaikan Syuhada. Semoga Syuhada selamat.


Hilang keayuan seorang gadis berlitup sopan. Hanya tinggal rambut yang dibentuk entah apa gayanya. Dibiar lepas tanpa tudung menutupi auratnya. Lupa kata-kata Ustazah, sehelai rambut ynag didedah sekalipun, api neraka panas membakar, ini pula dilucut terus tudung. Ya ALLAH, dia lupakan Tuhan.

Malam itu dia bermalam di apartmen Fakhrul. Dikenakan sehelai gaun malam yang dibeli Fakhrul siang tadi. Katanya ada majlis hari lahir temannya. Nampak susuk tubuhnya yang ramping, selama ini ditutup baju kurung longgar. Fakhrul leka memerhatikan tubuhnya. Ada bangga menyelinap dibelek begitu.

"Wah cantik Puteri kita malam ni.. Bulan pun akan cemburukan puteri Fakhrul ni. Beginilah yang Fakhrul makin sayang. Taklah tertutup, tak nampak kejelitaan Puteri.. Puteri Fakrul ni sangat cantik. Jom."

Fakhrul menghulurkan tangan. Dia sedikit takut pada mulanya. Sekali lagi Fakhrul menghulur. Syaitan bersorak. Berjaya sesatkan anak Adam. Syuhada menyambut. Murahnya dia malam itu.Tangan mereka tak terlepas dan Fakhrul enak meratah pandangan setiap inci tubuhnya. Dia membiarkan, sedikit gentar meresap ke dalam diri. Sekilas wajah Bonda bertandang, ditepis semampu mungkin.

"Fakhrul, keluarga aku nampak, parang panjang belakang rumah aku menanti aku."

"Jangan risau puteriku. Keluarga kau jauh dari sini. Kau bebas sekarang. Tak siapa boleh halang kita."

Suara bernada bongkak. Mereka ditipu cinta palsu. Syuhada berusaha untuk tidak kekok dalam majlis yang dihadirinya malam itu. Ada bau rokok menyucuk derianya. Ada tidak senang menjengah. Ingin dia lari, terlambat. Dadanya sesak dengan semua ini. Ada tari menari, pergaulan yang terlalu bebas, dan air syaitan itu. Sekali lagi wajah Bonda bertandang.

"Bonda tak suka kamu begini, Syu."

Terdengar sayu suara Bonda. Seakan sedar apa yang dia lakukan sekarang.

Wajah Bonda terus mengekori. Tubuhnya seram sejuk. Gementar.


"Fakhrul, jom balik. Aku mengantuk. Dia berbisik di telinga Fakhrul. Antara dengar atau tidak dek fakhrul."

"Malam masih muda, Puteriku. Nak menari? Minum? Semua ada."

"Fakhrul!!! Jom, balik!"

Syuhada mendesak lagi. Tak sanggup lagi dia di situ. Suara Bonda semakin mendatangi. Kerap. Wajah Bonda tertampal di setiap dinding rumah teman Fakhrul ini. Perasaannya makin tak enak.

Berkali-kali dia mendesak, Fakhrul mengalah, alasannya, nak demam. Fakhrul memeriksa dahi, tangannya. Sejuk macam tangan mayat.

"Fakhrul boleh memandu? Kau nampak mengantuk."

"Aku okey puteri... Apartmen kita tak jauh dari sini."

Hati Syuhada dipagut bimbang. Bagaimana jika sesuatu yang buruk terjadi? Seringkali kereta yang dipndu Fakhrul melencong ke lorong bertentangan. Kereta bertali arus tak mempedulikan. Tiba di lampu isyrat semuanya berubah.

Syuhada terperosok di tempat duduk. Fakhrul diam tak terkutik. Cuma desahan kecil kedengaran. Tanda nadinya belum berhenti. Bantuan cepat tiba, menghantar Syuhada ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, sementara Fakhrul masih sukar untuk dikeluarkan.

Mungkin perkhabaran dari polis, Bonda dan Ayah menjengah tiga hari kemudian.

"Doktor, tolonglah selamatkan anak kami."

Suara bonda ditenggelami sedu. Doktor menenangkan.

"Setakat ini kami mencuba yang terbaik. Puan berdoalah. kami berusha, selebihnya kembali Pada Yang Satu."

Akhirnya penantian selama dua minggu membawa perkhabaran duka. Bonda makin cengkung, kurang makan memerhatikan Syuhada yang belum sedarkan diri.

"Bangunlah anakku, Bonda rindukan Syu."

Doa Bonda tulus saban hari.

"Pihak kami memohon maaf. Setelah pemerhatian teliti kami, anak puan didapati sukar untuk berjalan semula. dan matanya tak mampu melihat seperti biasa. Kecuali diganti mata baru."

YA ALLAH, ini ujianmu, aku reda Ya ALLAH."

Air mata bonda tumpah lagi untuk anaknya. Ayah membisu. Syiuhada masih dibantu mesin penghubung hatyat. ICU masih setia menerimanya. Doa Bonda dan Ayah menyambung hayatnya.


"Syu, Bonda datang, sayang. Bonda bawakan buah untuk Syu."

Bonda capai tangan Syu. Cium.

"Bonda, Syu buta, kan? Syu tak dengar cakap Bonda. Ingkar cakap Ayah. Maafkan Syu. Ayah, mana Ayah?"

"Ayah ada sayang. Ayah sayang kamu. Cepat sembuh, sayang."

"Syu minta maaf. Minta ampun, Bonda, Ayah."

"Kami tak pernah marah syu. kami sayangkan anak kami."

"Bonda, nanti, balik, Syu nak solat taubat, Bonda boleh tolong Syu wuduk? Syu nak solat Asar."

"Boleh nak."

Sebulan menjadi tetamu HUKM, Syuhada dibenarkan pulang. Kepalanya kembali ditutup. Ya, Tuhan masih berikan lorong untuknya insaf, kembali ke jalan yang benar. Kepulangannya bersama azam baru. Syuhada perlu kuat hadapi ujian ini. Kifarah dosa harapnya. Dia reda tak mampu berjalan, tak dapat melihat menggunakan mata kasar. Bukankah ini mengurangkan dosa mata? Alhamdulillah, masih ada syukur di bibir Syuhada.

Syuhada memulakan hidup baru. kerusi roda menjadi temannya kini. Dia menangis setiap kali terinagt tragedi malam itu. Termimpi Fakhrul meminta tolong. Terigau kemalangan luka itu. Bonda sabarkan, Ayah bacakan ayat-ayat suci, biar kembali semangatnya untuk teruskan hidup. Kemalangan ini ada hikmahnya. Ayah beli komputer terpakai untuk Syuhada. Supaya Syu tak bosan, katanya. Memang itu kemahuan Syu dari dulu. Terima kasih, Ayah. Sajak Syuhada mula bertapak di majalah dan akhbar beberapa bulan sesudah itu. Cerpennya ada yang tersiar. Dia tersenyum menerima bayaran pertama hasil tulisannya. Senyuman bertambah lebar menerima bayaran selepas itu yang menyusul. Kemalangan ini menonjolkan bakatnya yang kian malap tak digilap.

Ramadan. Tahun ini kali pertama Syuhada menyambut Ramadan sebagai insan istimewa. Dia cuba untuk puasa, meskipun tak sepenuhnya. Ada ubat yang perlu ditelan, bagi mengelakkan komplikasi. Dia mengalah. Dia tunaikan solat tarawih, di bilik berimamkan Bonda. Dia minta Bonda ajarkan Al-Quran. Dan kini semakin banyak surah yang mampu diingatnya. Matanya tak nampak, tapi dirasakan hatinya makin terang. Betapa Tuhan itu Maha Adil. Dia tak lupa mengungkapkan syukur saban hari. Dia dapat melihat kasih Bonda, sayang Ayah.

Bonda dan Ayah tersenyum senang tingkah Syuhda kini.

"Bonda, kemalangan, mengembalikan Syu yang dulu. Syu gembira dapat peluang kedua. Tapi, Fakhrul..."

Syuhada meluahkan kegalauan hatinya usai tarawai malam itu. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Fakhriul di dunia baru.

"Syu doakan dia selamat. ALLAH tak tentukan melainkan yang terbaik. Jangan nangis, sayang."

Bonda dakap Syuhada macam dakap anak kecil. Erat. Syuhada balas dengan lebih erat. Mereka berkongsi tangisan, malam 15 Ramadan.

"YA ALAH, terimalah amalan kami."

Kudus doa seorang ibu.


Penghujung Ramadan, Syuhada menolak kerusi rodanya ke sana ke sini membantu Bonda. Meskipun ditegah dia berdegil. Dia membuat persiapan seadanya. Tambahan dia sudah punya pendapatan hasil menulis, dapat diganti langsir baru, diminta Bonda belikan kuih, Syuhada tak hiraukan kekurangannya. Dia mahu seperti insan normal lain. Dia ada Tuhan menemani derap langkahnya. Dia tak perlu lemah.

Malam raya, dia sengaja membatukan diri dalam bilik. Bonda membiarkan dia menyendiri. Dibuka suis komputer. Terhasil cerpen "Sinar di Hujung ramadan." Kisah dirinya. Ditemani takbir syahdu dan juraian air mata di pipi, dia terus menulis. Sampai tamat cerpen sebanyak 25 muka surat. Dia puas. Disunting malam itu juga sepuas hatinya. Dia bersengkang mata menyiapkannya.

Matanya sembab di hari raya. Saat bonda tanyakan dirinya, dia menceritakan segalanya. Bonda terdiam. Biarlah Syuhada meluahkan perasaan begitu. Bonda tak mahu bebankan perasaannya. Tak menghalang apa jua kehendak Syuhada. Bonda hanya mahu melihat Syuhada terus tersenyum.

Kunjungan petang itu mengundang persoalan. Jejaka yang tak pernah dikenali. Kata Bonda dia berkereta besar, bercermin mata, wajahnya tampan. Syuhada tak mampu melihat, namun detak hatinya mengiakan kata-kata Bonda. Mendengar suara jejaka itu dia membuat penilaian.

"Saya Danial. Karya-karya Syuhada membawa saya ke sini. Saya tak pernah mengenali Syuhada, tapi terlalu kuat daya tarikan cerpen-cerpen itu hinggakan saya sanggup menjejak hingga ke sini. Saya dapat rasakan penderitaan yang diluahkan dalam cerpen-cerpen Syuhada, dan semuanya tiada pembohongan. Kisah seorang yang menderita. Saya seorang pakar mata. Saya mahu membantu Syuhada mengembalikan sinar matamu."

"Terima kasih doktor. Tapi banyak lagi mereka yang lebih memerlukan berbanding saya. Biarlah diberikan rawatan pada yang lebih berhak."

"Tak perlu berdoktor. Danial."

Dia mencelah.

Pertemuan bersejarah itu membuka lembaran baru dalam hidup Syuhada. Matanya tak berjaya dikembalikan namun Danial menjadi suaminya, membantunya mengembangkan bakat, sehingga terbinanya sebuah syarikat penerbitan kecil. Kata Syuhada, biarlah mereka yang lebih berhak menerima rawatan. Dia bahagia buta mata kasar, hatinya mampu melihat kebaikan Danail. Biarpun berkerusi roda dia tak patah semangat, namun inilah azimat. Dia besarkan permata hati mereka dari kerusi roda. Ujian ALLAH itu amat manis jika kita sabar mengharunginya.

"Terima kasih, Abang, menyunting Syu sebagai isteri Abang. Abang melakukan pengorbanan yang besar."

"Syu juga berkorban dan menjadi inspirasi hidup Abang. Doa Abang sentiasa mengiringi."

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub