Kematian adalah janji Allah yang tidak mungkin diinjak walaupun hanya stau detik. Maka aku adalah seorang hamba yang tidak tahu bilakah tarikh dan waktunya. Sudah ada sahabat dan teman yang aku kenali menemui Tuhan sebelum aku. Sudah ramai ahli keluarga yang meninggalkan aku. Mereka pergi kerana janji itu sudah sampai kepada mereka. Sedang aku?
Aku pernah beberapa kali terbayang yang maut sudah seperti berada depan mataku. Ketika itulah baru terasa yang diri sangat tidak bersedia untuk menemui sebuah kematian. Adakah kamu belum mahu emngambil pengajaran dengan pemergian mereka yang kau sayang?
Andainya waktu itu terlalu hampir, adakah aku sudah ebrsedia untuk menghadapinya? Sednag aku sedar yang kantung amal itu masih sedikit... Dosa pula dilakukan saban hati tanpa teriring solat Taubah. Hamba apakah ini?
Aku ada melawat beberapa blog mereka yang sudah meninggal dunia. Semoga tulisan-tulisan mereka yang memberi manfaat dapat disebarkan kepada orang lain supaya sahamnya sampai kepada mereka. Dan itulah juga yang aku harapkan aku pergi dahulu sebelum orang lain..
Jika ada tulisan-tulisan aku yang berguna, gunakanlah ia untuk kebaikan... Aku tiada harta yang banyak, tiada bekal yang cukup, namun apabila kita berkongsi sesuatu yang baik, maka sahamnya tetap ada.
Titik.

Comments
berkongsi itu indah.
:)
"Ilmu itu Imam, Amal itu Makmum"~ Imam al-Ghazali
*mati adlh sebaik2nya tzkirah
Ya, berkongsi dapat melepaskan apa yang dapat diucap.
;)
Terima kasih atas peringatan..
"Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin."
betul2.. Semoga kita bukan mati terkejut tanpa sebarang persediaan..
Nauzubillah..