Assalamualaikum,
Sengaja aku poskan gambar ini buat sahabat-sahabat yang rindukan masjid Putra Nilai yang sering diimarahkan dengan pelbagai majlis ilmu...
Gambar ini aku ambil menggunakan laptop, jadi kalau tak elok jangan marah.
Hujan panas kilat guntur,
Kau berdiri teguh di situ,
Menantikan kehadiran sesiapa yang sudi bertandang,
Melawatmu agar tak terbiar kosong.
Kau tentu gembira dengan kehadiran penghulu hari,
Ramainya lelaki sampai tak dapat menampung lagi,
Namun Subuh bukan begini,
Kau terbiar sepi,
Imam hanya bertemankan dua tiga insan di sisi.
Istimewanya engkau,
Ingin melawatnya ada solat khusus,
Pernahkan aku lakukan ketika melawatmu?
Atau sekadar tahu?
Comments