Assalamualaikum,
Tak terasa seminggu yang berlalu.. Dua minggu aku di sini akhirnya... Sibuk? Aku bukan manusia yang sibuk, hinggakan ada banyak masa untuk bersuka. Aku manusia yang banyak masa lapang. Lantaran aku tak gunakan sebaiknya masa yang dipinjamkan DIA pada aku.
MATA, TELINGA, HIDUNG, TANGAN, KAKI dan seluruh anggota yang DIA pinjamkan pada aku tidak aku gunakan sebaiknya.
Aku dilahirkan sempurna, sedangkan ramai yang lahir tanpa anggota badan yang lengkap. Merekalah yang lebih tabah menjalani kehidupan ini.،Kekurangan yang ada menjadi motivasi paling bermakna.
Dah dua petang aku habiskan masa petang dan beriadah.. Lepaskan gian main badminton.. Alhamdulillah, kawan-kawan pun suka...
Belum buka buku untuk belajar.. Nota belum dikemaskini... Mahu lepaskan perasaan dengan mencatat sesuatu di ruang sendiri.. :)
Comments