Skip to main content

JAWAPAN TAG INA NAILOFAR


Akhirnya aku menjawab tag orang
Sebelum mulakan kelas pagi ini, aku mahu langsaikan dulu kerja tambahan yang diberikan oleh Ina Nailofar… Harap Ina berpuas hati, hehe…

1)Bekas kekasih saya adalah : novel Diari Seorang Guru yang dirampas oleh cikgu semasa di sekolah menengah, sob, sob…

2)Saya sedang mendengar : Azimat Bonda... Sangat sayu dan bermakna lagu ini... Cuba dengar!!!

3)Mungkin saya patut: jadi diri sendiri... Dan jangan terlalu ananiah.. 

4)saya suka: berangan + merapu + merayap –shopping +

5)Sahabat-sahabat baik sy:

-buku-buku dan kitab, sahabat yang paling setia
-al-Quran-memberi jawapan pada semua persoalan yang tak pasti.
-semua yang bersama saya dan tahan dengan kerenah saya
-mereka yang dapat menegur salah saya

6) Saya Tak Faham: Saya lebih banyak merapu dan merayap daripada melakukan perkara-perkara yang penting.

7)Saya kehilangan: sebahagian diri saya yang sebenar, dan perasaan...

8)Ramai yg kata: Jamilah boleh menulis dan ada bakat.. –semua orang ada bakat bersama kelahirannya-

9)Makna nama saya: Jamilah= CANTIK

10) Cinta itu adalah: satu ruang di mana kita rasa disayangi dan menyayangi... Cintalah ALLAH, pasti bersambut, cinta manusia karut (hubungan terlarang) melainkan dengan hubungan yang sah.

11)Di suatu tempat seseorang sedang: berfikir bagaimana mahu membangunkan diri sendiri –membina motivasi- untuk terus berubah.

12)Saya akan cuba: menjadi diri sendiri biarpun pelik selagi tidak melanggar garis syariat

13)Ayat"Selamanya"membawa maksud: istiqamah dalam melakukan sesuatu..

14)Telefon bimbit saya: dihadiahkan oleh kakak kedua kerana dia tak mahu menggunakannya. Insya ALLAH akan menggunkannya hinggalah ia tamat riwayat, sayang dan kedekut + rasa tak berbaloi nak tukar

15)Bila saya terjaga dr tidur: Syukur masih ada nyawa dipinjamkan ALLAH

16)Saya bila meluat bila melihat: diri sendiri, mungkinkah perkara yang saya meluat itu turut dilakukan oleh diri sendiri

17)Pesta/Parti adalah: yang saya kurang gemar kerana bising. Tapi seronok makanan percuma... Kita sama...

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui: rama-rama yang sedang beterbangan.. rasa bebas... dan cantik.

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya: usia bayi yang belum kenal dunia... ibarat kain putih..

20)Hari ini : hari lahir Ainul Salasiah...

21)Malam ni saya akan: buat benda-benda yang saya minat... assignment + nota.

22)Esok sya akan: ada BM.. hehe...

23)Saya betul2x inginkan: kotakan apa yang saya tuliskan, dan diredai Ayah dan ALLAH, kepandaian bukan terletak pada A tapi amalan...

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi ini: alhamdulillah, saya diberikan wajah yang sempurna, ramai lagi yang cacat dan punya kekurangan.

25)Pusat membeli belah / arked permainan : MYDIN... suka sebab harga yang berpatutan.. dasar kedekut keluar duit...

26)Makanan barat atau jepun: Nampak sedap tapi lidah lebih serasi makanan malaysia

27)Bilik yg terang atau gelap: terang untuk buat kerja dan tidur.. bilik gelap untuk dapatkan tidur yang lebih lena...

28)Makanan segera adalah: makanan yang cepat disediakan... Kurang berkhasiat.

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang: -tak bercakap lagi pagi ni-, hehe.. (ketika entri ini ditulis)

30)Siapa yang anda mahu tag???? Tak nak tag siapa-siapa pun.. hehe,

31)siapakah yg bertuah itu..?? Saya sendiri sebab saya tak mahu tag orang lain dah..

Okey, selesai kerja tambahan yang Ina berikan. Maaflah jika tak berpuas hati... Akak jawab ikut nak tulis.. heheh.. terima kasih sudi tag akak...


Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub