Alhamdulillah, seronok sangat pagi ni dapat masuk kelas BM. Dengan pelajar setakat ini seramai 10 orang, kelas itu dengan sendirinya tidak dibubarkan... Majoriti pelajarnya jurusan senibina, ada dua orang sains kemanusiaan dan seorang ekonomi...
Pensyarahnya, Cikgu Razman, baru tiga bulan mengajar di sini... Alhamdullah, benarlah kata cikgu, dapat mengubati kekusutan belajar subjek lain dalam bahasa Arab.. hehe..
Teringat kata-kata cikgu, hanya seorang yang dapat A, majoriti B+ dan B.. Subhanallah.... Namanya budak melayu, tapi bukan mudah juga untuk menjawab bahasa Melayu kerana semua subjek di sini dalam bahasa inggeris dan arab...
Rasa lawak dan lucu, bila aku diminta memperkenalkan diri.. Cikgu panggil aku ustazah.,. hehe... Bila aku perkenalkan diri, dia kata suara aku sesuai untuk jadi cikgu atau juruacara majlis... Aku rasa seperti mahu ketawa besar.. mana tidaknya, jika cikgu tahu aku sebenarnya gugup dan tak pandai bercakap di khalayak ramai.. malu besar.. haah.
Tapi, memang seronok, dapat bercampur dengan pelajar jurusna lain juga..
Alhamdulliah, tercapai hasrat untuk belajar bahasa Melayu walaupun ramai yang kata patut ambil waktu short sem... Aku tak nak.. degil...
apa-apa pun, setakat hari ini, sangat seronok belajar sebab belum sibuk...
Comments