Skip to main content

...kerana pesta buku.. siri 1


19 April 2009
SANGAT GEMBIRA!!! Akhirnya aku yang sangat teringin ke Pesta Buku, dapat ke sana pada hari ini.. Menumpang tiga orang junior yang kebetulan punya hasrat yang sama. Jaulah yang sangat aku suka, tapi sangat memenatkan hingga mata ini terasa seakan mahu pejam saat entri ini aku coret.
Aku mulakan dari awal perjalanan.. Janjinya pukul 8.30, aku yang teruja ini 8:15 sudah tercangak di bawah.Dapat mesej mahu bergerak pada pukul 9:00.. Duduklah aku di sini menanti mereka.. Akhirnya pukul 10:00, perjalanan dimulakan..
TAMBANG:
TEKSI PERGI BALIK: RM4.00
KTM: RM9.80
Perjalanan mengambil masa hampir sejam suku sebelum sampai di PWTC. Memang berjalan sakanlah aku hari ini untuk melunaskan impian tiga tahun ini.. BERJAYA mendapatkan 6 buah novel.. TARGET berjaya dicapai kerana memang aku nak habiskan seratus untuk membeli hari ini.
Mulanya hanya meninjau di aras dua.. melihat apa yang menarik di situ. Sampai di aras tiga…. ternampaklah aku akan gerai al-Ameen Publishing. Hehehe, aku dah ternampak apa yang aku mahu. buku terbaru FT… Cepat sahaja aku capai Nama Beta Sultan Alaudin dan Ketupat Cinta. Teringat nak beli Detektif Indigo kembali, tapi tak ada pada hari tersebut…
Dapat juga tandatangan FT yang kebetulan ada di situ… Kesempatan yang hadir ini aku tanyakan secara semuka apa yang Liyana rungsingkan selama ini.. Terjawablah apa yang dia persoalkan. Di gerai Utusan ada Kak Nisah dan sempat juga bersalam dengan beliau.. Di Gerai Galeri Ilmu, terjumpa Kak Ummu Hani yang berjaga di situ. Sempat dapatkan tandatangan beliau dalam buku terbarunya. Sengaja aku beli untuk dapatkan tandatangan beliau…
kenapa aku ceritakan siapa yang aku nampak pada hari ini. ada kalanya jika kita memandang kejayaan orang lain akan menjadi obor buat diri sendiri. Betulkah duhai diri? Walaupun penulis tak akan ndiberi sambutan seperti seorang artis, aku puas walau sekadar melihat dari jauh.. Cemburu melihat kejayaan mereka yang berjaya menerbitkan buku. Aku? Sajak pun dah sengkak sekarang..

Buku-buku yang aku beli.
Atas ketagihan dan ketidakbolehan aku melihat buku yang membuatkan aku rambang mata, aku menghabiskan puratanya RM100.. Enam buah novel dan 8 buah majalah… Gilakah? Tidak.. Aku memang minat mengumpul buku… Duit boleh dicari tapi minat aku sukar dihalang.. MINAT MENGUMPUL BUKU…
Kerana hari minggu, memang teramatlah padat berbanding hari bekerja..
Bertemu Kak Dayah, mantan MPR 2007.. Nak berjumpa itu pun puas mencari di manakah kakakku ini? Hampir 10 minit begitu.. Bertukar-tukar kerinduan.. Merayap bersama.. Ah, rindunya.. Ramai ramai bukankah lagi menarik? aLucunya, awal pertemuan kami, puas juga mencari. Risau kerana aku tak dapat membayangkan wajah Kak Dayah ketika itu. (Kak Dayah jangan marah).. Bila ternampak barulah aku teringat figur Kak Dayah yang comel molek itu.. Sangat seronok walaupin agak ralat tak dapat melihat pelancaran buku Kak Eja pada hari Sabtu.. (Kak Eja, nanti nak autograf, bukunya dah dibeli...)

Buku yang aku idamkan lama untuk beli.. Buku sasterawan pertama yang aku miliku.
berjalan, meninjau, ditahan, melarikan diri cuma yang nasib baiknya tak tersesat... Pengalaman yang memenatkan namun aku amat menggembirakan aku.. Diriku.. Hampir jam enam baru bertolak pulang dan sampai sudah Maghrib..

Terima kasih adik-adikku: Amirah, Wani, dan Hanisah kerana membenarkan aku mengikut mereka.. Ikutkan hati banyak buku yang aku mahu miliki, tapi perlu lihat poket dan bagaimana aku mahu mengangkut buku-buku ini balik rumah hujung sem ini...

Ada kesempatan aku akan sambung kerana pesta buku siri kedua.. Maknanya Isnin sekali lagi aku ke sana dan lebih banyak peristiwa suka duka lebih empat jam di situ...

majalah yang dibeli dengan diskaun menarik...
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...