Hujan mula bercurahan, syukur tiada pula guntur dan kilat yang mengiringi... Awan hitam yang berarak tadi nanti akan kembali bertukar kepada putih... Seronok aku melihatnya... Titisan hujan yang sampai, kita tak dapar fikir bagaimana bentuk asalnya...
Sejak beberapa hari lalu, mata ini menghadap laptop hampir 12 jam sehari.. Betulkah? Hampir-hampir sebanyak itulah, berjuang untuk menyiapkan power point.. Belum siap sebenarnya tapi dah 60% siap..
Tapi bila menghadap laptop, 30% buat kerja, bakinya melalut benda lain.. astagfirullah.. Aku dah rasa kepahitan kegagalan dan tak mahu mengulanginya lagi...
Cuma bila nak buat animation, aku lemah sedikt bab-bab memilih.. Tapi ada lagi tiga hari berbaki... Aku tak ingin lagi mengulang kesalahan yang ku lakukan sem-sem lepas.. Teringat kata ustaz Majid, kita tak mengelak daripada buat salah. tapi bagaimana kita menghadapi masalah itu?
Walaupun tahu tak baik untuk mata tabiat baru aku ini, kena juga menghadap skrin laptop.. Tapi bukan buat power point 12 jam tu, bila ada signal wayarles maknanya gatal akan menggatal mahu mencoret di sini, walaupun sedikit.
Nak tidur pun seakan kurang rasa nikmat.. Bila dapat peluang tidur memang lena... Ditambah mimpi pun mula mengarut...
Hm, aku nak sambung kerja pula... Suasana sangat kelam, seakan hujan akan mencurah dengan sangat lebat...
****
TALK USTAZ ABDUL MAJID
Assalamualaikum, bertemu lagi kita… Semalam ada talk anjuran MRC MUSA bertajuk mencintai dan dicintai Rasulullah. Suka untuk aku kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang dapat aku kutip. Disampaikan oleh Ustaz Che Abdul Majid.
CINTA UNTUK SIAPA?
Cinta itu satu anugerah,
Perasaan suci naluri fitrah,
Ingin disayang kasih dicurah,
Ajal jodoh kepada-NYA berserah.
Tapi banyaknya kita mecintai tiga benda:
wanita (aku memang pencinta wanita, tapi aku bukan buaya?)
Harta
Takhta
Seterusnya, ustaz berikan satu teka teki, lebih kurangnya begini,
Apa dia kecil di China, besar di Arab,
Ada di kanan tak ada di kiri,
Ada di sana , tapi tiaa di sini..
Jawapannya huruf A..
Tapi kalau huruf A besar dan a kecil, walaupun sebesar manapun ditulis huruf itu, cara penulisannya tidak berubah, walaupun A besar ditulis kecil, ia tetap dikatakan A besar kerana ciri dan nilai benda itu.
Begitu juga kita.
-Siapa kita dan kita siapa.
-siapa kita di sisi ALLAH.
-Kerja professional kita sebenarnya ialah hamba, dan kerja sampingan kita adalah apa yang kita lakukan di dunia..
Kita bermula di dunia dengan tangisan, kemudian kita belajar ketawa; lalu Ibu dan Ayah kita sangat suka apabila kita mampu ketawa hingga kita lupa untuk menangis. Mampukah kita akhiri kehidupan kita dengan syahadah???
Siapalah aku sebelum kelahiran,
Tiada bernama mahupun gelaran,
Wujudku nanti bukan hiburan,
Mengenal Tuhan segala kebesaran.
Siapalah aku setelah kelahiran,
Datangku bersama tangisan kedengaran,
Lahirku kini mula pelayaran,
mengharungi dunia penuh cabaran.
Apa erti sebuah kehidupan,
Siapakah aku dalam kehidupan,
Sekadar waktu buat persiapan,
Jangan jadikan dunia harapan,
Semoga kalimah ALLAH akhir ucapan.
Ada satu kisah seorang ‘abid dan seekor burung yang sentiasa diajar pandai berkata-kata dan diajar menyebut kalimah ALLAH. Kisahnya beliau pergi bermusafir dan tinggallah burung itu. Setelah pulang, beliau melihat burung itu sedang bercakaran dan akhirnya mati. Bagaimana pengakhirannya jika mati dalam keadaan demikian???
Siapalah aku tidak lagi bernyawa,
Berpisah keluarga (harta) teman ketawa,
Cuma bersama amal dibawa,
Bila di mana kembali bersua.
Sabda Rasulullah antara mafhumnya: Akan mengikut seorang insan itu ke kuburan tiga perkara; akan pulang dua dan akan bersama kita satu.
Ahli keluarga dan harta yang mengiringi kamu akan pulang, tapi amal kamulah yang akan kekal.
Kita selaku insan, pasti tidak akan terlepas dari tersalah. Namun bagaimana kita mahu mengatasinya? Jangan lupa dua perkara:
Istigfar
Tutup cerita orang. ALLAH tutup aib kita,
“Janganlah kita takut pada kesalahan tapi takutlah jika kita tak mampu beristigfar.”
Itu pendahuluan, pemanas badan.. Kemudian ustaz masuk ke tajuk asal.
Dalam surah al-Imran ayat 31 Tuhan nukilkan antara maksudnya, Untuk dapatkan cinta ALLAH kita mestilah mencintai Rasulullah. Apa tanda cinta kita pada Nabi?
Apakah terlalu hebat Rasul kita ini?
-ALLAH mendoakan kesejahteraan kepada Nabi, kalau ibadah lain ALLAH tak buat, tapi ALLAH se;awat ke atas nabi; bagaimana pula dengan kita?
Antara pesan Rasul:
Solat lima waktu, bukankah solat kita sepatutnya 50 rakaat, namun kerana belas dan kasihnya ALLAH dikurangkan sehingga genap lima.
Ingat apa hadiah untuk orang yang tinggalkan solat? Dia akan hantukkan kepala ke dinding hingga pecah, kemudian apabila bersambung dia akan buat lagi secara berterusan…
Pesan Rasul pada wanita:
Ramai wanita dalam neraka; kenapa?
Tak jaga aurat
Mengumpat atau fitnah
Tak ikut cakap suami
Tak syukur/suka meminta
Wanita senang masuk syurga
ibadah wajib
Taat suami
Penutupnya: apabila kita rasa malas, buatlah ibadah kerana itu mahal harganya kerana kita sedang bermujahadah. Inigat ini!!! Jadi, malas-malaskan diri kita…
Semoga sedikit perkongsian ilmu yang aku dapat semalam dapat memberi manfaat pada yang membacanya.
Kata ustaz, kita datang bukan hanya nak dengar beliau bersyair bermadahm tapi apakah yang diaplikasikan dalam hidup? Natijah talk ini bukan di sini, tapi apa yang akan terjelma dalam hidup kita nanti.
Wallahu’alam.
Comments