Assalamualaikum,
Hampir seminggu jemari ini tidak diketik di sini. Rindu pada blog, rindu untuk menulis sesuatu.. Dan hari ini aku mendapat peluang itu...
5 hari aku mencuba sebagai penjual dan bagi diri aku, aku katakan ia kegagalan kedua aku untuk menjadi penjual. Kali pertama aku sebagai pembantu di kiosk, hanya seminggu kemudian aku jemu dan lari.. Kali ini aku hanya memberi peluang sebanyak lima hari pada diri untuk mencuba.. Cukup duit sebagai tambang untuk pulang ke kampung, aku cabut... Kesian kawan-kawan aku yang lain. Kawan dan sahabat yang banyak membantu aku.. Sayu ketika mahu meninggalkan mereka tadi.. Dan mataku sedikit basah ketika membaca balasan mesejnya dalam KTM... Terharu dengan kebaikan dia...
Tapi pengalaman kali ini mengajar aku banyak benda. Betapa bezanya dunia luar dengan dunia teori di kelas. Betapa parahnya jika seorang pendiam mahu menjual... Bercampur perasaan... Perasaan mahu menangis, tak dapat membuat kerja, tak pandai berkomunikasi, dan seribu satu fikiran negatif yang melenyapkan cas-cas positif dalam diri. Dan jika kita tak pandai 'masuk' dengan semua orang, kita akan rasa kesunyian dan banyak menyusahkan...Bagaimana rasa aku yang mahu berkongsi tapi tak dapat meluahkan... Melihat dia melayan pelanggan dengan penuh senyuman... Memerhati uncle menjual kain-kain...
Dan aku malu dengan mereka.. Kerana itu aku larikan diri. Datang kerja tapi mereka yang banyak melakukannya. Sedangkan aku banyak diam, diam dan diam. Sahabat ini banyak mengajarkan aku; melipat kain, menggulung kain, harga kain, menggantung kain... dengan penuh kesabaran.Dia juga yang pinjamkan aku duit, melakukan kerja rumah.. sedangkan aku hanya memerhati.
Aku teringat satu malam, aku sangat masam malam itu. Dan dia pula yang meminta maaf.. Ah, dia sahabat yang sangat baik dan tabah. Aku bertuah bersamanya walaupun hanya seminggu...
Aku dapat belajar banyak benda..
Aku dapat lihat banyak benda..
Terima kasih ajarkan aku.. Bak kata kalian, biarpun aku tak cakap, nanti cerita itu akan tetap terselit dalam tulisan-tulisan aku.. YA, itulah hakikatnya...
Apa lagi dapat aku katakan, hanya ucapan terima kasih walaupun mungkin kamu tak menatap tulisan ini... Seminggu yang bermakna bagi aku..
Terima kasih sahabat... Aku doakan terbaik untuk kalian.
Comments