Tip-tip Menjadi Tetamu Allah


Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH.
TAJUK: Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu ALLAH
PENGARANG: Ridzwan Bakar (ridzwan-bakar.blogspot.com)
PENERBIT: PTS ISLAMIKA (PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.)
BILANGAN CETAKAN: Kedua, 2009

Buku ini aku miliki kerana tertarik pada tajuknya. Aku pasti setiap kita muda atau tua, ada perancangandan sangat teringin untuk menunaikan haji. Masalah biasa yang timbul adalah kekurangan sumber kewangan. Terutamanya yang masih bergelar pelajar seperti aku. Istimewanya, melalui buku ini aku mengenali Professor Mohd Kamil Ibrahim yang terkenal dengan buku travelog haji mengubah sempadan iman.

Apa kata pengarang?
 “Buku ini ditulis bagi mengisi alternatif buku-buku haji yang sedia ada. Ianya adalah pelengkap buku travelog haji: Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Professor Muhd Kamil Ibrahim. Anda sebaik-baiknya terlebih dahulu membaca dan membeli buku itu sebelum mengulang kaji buku ini.”-Daripada pengarang.

Tapi aku baca buku ini sebelum membaca travelog Professor Muhd Kamil. Tiada masalah. Pengisian dalam buku ini dipecahkan kepada: Sebelum berangkat, Madinah Al-Munawwarah, Cabaran di Mekah, Arafah dan Mina, dan Pascahaji: Cabaran dan panduan. Sekurangnya aku nampak gambaran sebelum aku menganyam impian untuk ke sana.

Gaya penceritaan pula lebih kepada penceritaan. Ini yang lagi menarik perhatian anak-anak muda berbanding kitab yang mengandungi ayat berjela-jela dan penuh fakta. Pengarang memberi panduan kewangan, perkongsian pengalaman dan amanat kepada bakal haji dan hajah.

Nak tahu berbaloi atau tidak, kena miliki buku ini dahulu. Hasil tangan graduan UIAM Gombak dalam bidang perakaunan (1991) dan memperoleh sarjana di UK. Merupakan pegawai kanan di sebuah syarikat ternama berkaitan kerajaan (GLC).

Jumaat, 27/03/2009 13:57
D-3-3
MUSA, UIAM, NILAI

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut