Catatan Tertangguh


Khamis, 02 April 2009
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini aku dapat mencari ruang (untuk ini sentiasa ada masa) untuk memgetik kekunci laptop setelah dua hari terbiar. Bukan sengaja membiarkan, namun ada perkara lain yang lebih utama...
Tanpa sedar rupanya aku sedang belajar membaiki diri, membaiki pelajaran yang tertinggal, dan membaiki bakat. Betulkah? Sem ini aku aku ambil tiga subjek (tiga subjek core course) yang aku kena repeat.. Gilakah aku kerana ingin mengambil semester panjang sebenarnya tanpa memikirkan belanja yang harus aku keluarkan untuk itu. Alhamdulillah kerana ALLAH menggerakkan hati ini untuk datang juga, dan akhirnya aku di sini.
Melihat kesungguhan lecterur yang mengajar sedangkan aku yang akan mengambil peperiksaan membuatkan aku insaf. Betapa aku sebenarnya lalai untuk menjalankan amanah. Amanah Ayah, Kakak, Mak.. dan semua di kampung yang menanti aku ke Gombak... Mereka mahu anak murid mereka dapat apa yang mereka sampaikan, Cuma aku yang main-main.
Cuma sedikit aku mahu kongsikan. Betapa short sem ini banyak hikmatnya untuk aku.
Tak buang masa di rumah
Dapat gilap pelajaran nahw yang aku tinggal dah satu sem
Melihat kesungguhan lecterur walaupun hanya short sem
Belajar mengenal diri dan erti ukhuwah
Aku nak habiskan studi di sini secepat mungkin
Dalam kelas kitabah, yang pelajarnya hanya dua orang, aku terkesima. Mengapakah susah benar ilmu mahu melekat dalam benak aku? Adakah dan tentu kerana dosa yang membelenggu belum dicuci dengan sabun taubat dan air mata keinsafan. Ilmu tak masuk dalam hati mereka yang sudah hitam berkarat. Susah...
Hanya tinggal berbaki lima minggu dan kurang aku di sini. Semuanya aku rasakan seakan mimpi yang sudah menjadi relaiti. Aku banyak belajar di semester pendek ini. Betapa aku sebenarnya bodoh sombong. Tak faham, tapi tak pandai mengolah soalan dan selalu merasakan yang aku buat tak betul. Keyakinan diri yang kurang. Aku kagum dengan beberapa orang di sekeliling aku... Yakin, berani dan hatinya tak gentar digertak..
Sangat bersyukur Tuhan gerakkan hati aku untuk datang short sem ini. Jika di rumah hanya habiskan masa dengan main game(tak berfaedah sungguh), main dengan anak saudara, makan tidur..
Bukan mahu menceritakan keaiban atau apa-apa, aku sekadar mahu berkongsi dengan pembaca sekalian dan mengambil pengajaran atas khilaf yang aku lakukan dan berubah untuk menjadi yang terbaik.
Insya ALLAH..
Sesungguhnya Tuhan tak mengubah nasib seseuatu kaum selagi mana mereka tak mengubah diri mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut