29 January 2013

Kisah i, ii, iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

kisah i, Norliyana Aqilah
Usai Zohor semalam, aku menapak ke rumah kakak yang letaknya sekampung denganku -Kampung Bukit Kabu-.

Aqilah: Acu, kad yang akak buat hari tu ada dalam Asuh. Kawan akak tunjuk di sekolah petang. Akak tak ada Asuh tu.

Acu: Oh, ye ke! Acu dah bulan tidak beli Asuh.

Dan yang terbaharu, aku hanya membeli ASUH Februari. Mungkin harus mencari edisi yang memuatkan karya anak saudaraku ini, buat disimpan kenang-kenangan. Kata ibunya, dia boleh menulis karangan bahasa Melayu. Aku suka memberi pinjam -acu sayang nak beri terus- buku untuk remaja untuk dibaca. Asal sahaja buku itu tidak terlalu tebal, jika tidak dia tidak terima.

Aqilah, Acu doakan akak terus membaca dan menulis. Tulis diari juga satu latihan. Siapa tahu nanti akak pula terbitkan buku sendiri. :)

Kisah ii: Muhammas Syauqi
Abang -panggilan aku kepada Muhammad Syauqi- mengajak aku menemaninya mandi kolam di belakang rumah. Becok mulutnya bercerita tentang memerang. Dia anak saudaraku yang menyukai binatang, dan petang semalam, kami menonton kisah haiwan liar hingga dia terlena.

Habis kisah memerang dia bertanya soalan yang buatkan aku garu kepala mahu jawab.

Ya, usia tujuh tahun, memang suka bertanya. Menyelongkar perkara baharu.

"Acu, nanti kalau kiamat, kolam ini pun hancur ke?"

"Nanti di mana kita nak duduk?"

"Nanti mati nanti hidup balik ke?"

Dan acu menjawab sekadar yang  Acu tahu. Ia bukan soalan mudah jika ditanya oleh seorang anak. Anak jujur yang mahukan jawapan yang diterima akalnya.

Abang, suatu hari nanti abang akan dapat jawapannya.

"Abang, hari ini abang belanja kawan abang tak?"

"Tak. Kalau kawan abang tak bawa duit abang belanja la. Abang beli makanan. Dia makan, abang makan juga."

"Kawan abang tak bawa duit pergi sekolah."

Abang, teruskanlah yang ini!

kisah iii: NorAina Syafiqah.
Anak comel lima tahun yang matanya sedikit sepet ini kadang manja, kadang sukar diterka emosinya. Dia sangat suka melihat tudung acu yang punya lapis. Akan diusik-usiknya, melihat. "Tak panas ke  tudung acu dua lapis."

Semalam, dia mula menyanyi lagu  a.e.i.o.u.
A, ayam: kiok.kiok.
E, emak, I ikan berenang,
O. otak yang pintar,
U ular membelit ..

Ah, acu tidak ingat pula lirik penuhnya.

Semoga besar nanti membesar jadi orang baik. :)

Aqilah, Syauqi, Syafiqah. Acu doakan kalian jadi anak soleh solehah, penyejuk hati ayah bonda. Nanti suatu hari kalian terbaca catatan acu ini, inilah yang kita bualkan semalam, seharian acu bersama kalian. Tiga permata hati acu, acu sayang kalian.

yang menulis,
acu jamilah

2 comments:

aku-bukan-robot said...

comel je acu dia (= allahumma amin . Moga semua mrnjadi yg soleh dan solehah ^^

Jamilah Mohd Norddin said...

aku-buka-robot,

semoga satu hari anak-anak saudara ini baca catatan acunya.

Amin.