Skip to main content

Entri yang tidak perlu dibaca,.

Koleksi diari 2003-2011

Terkini.




Ya, aku memang suka menulis diari. Namun tidak setiap hari aku akan menulis diari. Macam aku menulis blog, menulis untuk diri sendiri, menulis untuk penulisan dan segala macam menulis. Aku tiada disiplin dalam penulis dan lebih mengikut mood dan rasa mahu menulis apa. Selalunya ketika tension atau aku mahu naikkan semangat aku mengabadikan kenangan dan perasaan, aku akan mula menulis.. Gambar di atas dengan tiada kerjanya aku tampalkan di sini. Bermula daripada aku sekolah menengah hingga diari terkini.

Sebenarnya buku catatan dna tidak boleh dikatakan diari sebab aku tidak menulis dalam diari tahunan. Aku lebih gemar membeli buku kulit kerasa disebabkan aku bebas menukil sebanyak mana aksara dan menconteng dengan bebas tanpa tertakluk pada tarikh tertentu. Oh, aku sukakan kebebasan dan sangat rimas pada kongkongan dan tirai besi.

Dalam diari aku akan tulis dengan bebas tanpa sekatan dan bagi yang menemuinya seakan menemui banyak rahsia kehidupan aku (oh, macamlah aku ada rahsia.) Tetapi tentu sahaja tidak semua akan terlakar di atas kertas kerana tetap ada halangan dalam diri. Aku suka meluahkan ikut suka hati dengan harapan, cita-cita dan banyaknya contengan merapu macam aku biasa buat dalam blog ini. Jadi, berhentilah membaca contengan-contengan di sini kerana tiada faedahnya..

Okey.

Semalam, aku sangat suka walaupun satu petang sudah terbazir dengan terbaring bawah meja -kononnya mahu baring, namun terlena sampai ke alam mimpi- . Rasa seronok walaupun hingga ke akhir acara bersama debaran yang tidak henti. Entah, apabila berada dalam ramai, perasaan debar itu terlalu cepat datang dalam diri dan aku akan resah dan membisu seribu kalimah. Oh, ya... Aku sangat suka bersembunyi bawah meja dan tidak bergaul dengan orang. Inilah contoh yang sangat tidak menarik. Terima kasih, saya makan percuma... oopsss. tidak malu kan saya.

Aku pernah kehilangan diari semester 1 2010-2011 dan sampai sekarang saya teringatkannya. Diari yang menyimpan rahsia. Oh, tidak....

Aku suka mengenang kisah walaupun sebenarnya ia tidak elok. Nikmati hari yang ada dengan sebaiknya itulah yang paling bagus. Ini tidak, asyik ingatkan semalam, dan terkenang esok. Hari ini bazirkan. Ayuh, jamilah! Kau tidak bagus pun jangan sampai kau jadi sampah, orait!!

Setakat inilah dahulu aku mahu menconteng dan mengarut petang ini. Sebenarnya lama tidak merapu idea untuk menconteng itu agak bercambah. hihi.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub