Skip to main content

Penulisan Puisi : Dr Lim Swee Tim

Dr Lim Swee Tim melontarkan nasihat buat ahli bengkel.

  • Karya pertama yang anda hasilkan sangat berharga. Ingat kembali apa karya pertama dan beranjak daripada karya pertama itu untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terbaik.
  • semaikan minat dalam puiis dengan berusaha menghasilkan ungkapan baru yang segar dan menarik. Kata beliau, awal penglibatan beliau dengan puisi, beliau suka mengumpul kata-kata daripada iklan, lirik lagu, puisi dan keratan kata-kata yang menarik. Beliau kumpul dan jadikan rujukan.
  • Dalami makna puisi dengan mendalam dan cipta pengertian sendiri. Semakin kita suka mendalami puisi dan mencari makna, semakin kita melatih akal kita bekerja.
  • Hargai pengkritik. Ya, pengkritik tugasnya mencari buruk dan baik dalam puisi. Pengkritik yang baik akan jujur dalam kritikannya.
  • Gauli karya yang baik. Bacaan yang baik akan menghasilkan tulisan yang baik. Ini akan  meningkatkan kemahiran kita bukan hanya berbahasa dengan lebih baik, tetapi menulis dengan lebih baik.
  • Ubah struktur dalaman dan luaran puisi. -puisi datang daripada hati! karya yang baik akan terus berdenyut walaupun penulisnya sudah meninggal dunia.
  • Kedudukan karya
  • baca 'writer's digest
  • puisi hadir secara spontan dan bukan dirancang-rancang
  • puisi bukan hanya perkataan tetapi lahir daripada hati
  • kreativiti kita menyampaikan adalah kunci yang akan membuka pintu pembaca
  • baca prosa kerana ia mengukuhkan puisi
  • setiap orang punya cita rasa kreatif yang berbeza
bengkel hanya mendorong, akhirnya diri sendirilah yang memilih jalan mana yang mahu diikut. 


**** cuba cari dan baca puisi Zahari Hasib, Usman Awang, Zurinah Hassan, Dr Lim Swee Tim.

***apabila banyak membaca, makin banyak dorongan untuk menulis.

****

ini kali pertama aku mengikut bengkel bersama Dr Lim Swee Tim. Sebelum ini hanya sempat membaca buku beliau tentang penulisan cerpen dan puisi. Bahasa Melayu beliau sangat fasih dan sudah seperti orang beliau. 

Beliau pentingkan kerangka dalam puisi. Puisi yang baik hadirnya daripada hati.

Bagi aku, aku menyukai puisi yang menggunakan bahasa yang mudah dan lekat dalam diri. Walaupun hampir tiada puisi yang lekat dalam kepala dan hadir spontan apabila dipinta, aku masih menyukai puisi A. Samad Said, zurinah Hassan , T. Alias Taib dan puisi Jahili yang tidak mudah untuk difahami. Bagaimana masyarakat zaman itu melukis masyarakat dan syair menjadi bukti tidak terbantah perihal kehidupan zaman itu.

### Bersambung dengan pengisian panel lain pula... Insya Allah.

Comments

Tetamu Istimewa said…
This comment has been removed by the author.
Tetamu Istimewa said…
Wah, blog berwajah baru lagi.

Saya juga menyukai Lim Swee Tin (Prof Madya Dr.). Semasa menuntut dengannya di UPM, banyak kenangan. Kuliah yang diberikannya sangat segar. Namun ketika itu saya masih terawang-awang dalam dunia penulisan ini. Semasa dia memberi tugasan menghasilkan puisi betapa saya menyatakan bahawa saya tidak sanggup lagi menghasilkan puisi yang berpuluh-puluh itu. Kami juga dikehendaki menghasilkan skrip drama, cerpen, novelet dan rencana seputar dunia sastera.

Sebenarnya banyak kenangan bersama Dr Lim. Hinggakan kami telah menghasilkan sebuah antologi puisi semasa mengikuti Kursus Penglahiran Bakat dan Kreatif. Insyaallah, bolehlah nanti saya buat satu entri kenangan bersamanya.hehehe
Wah, menantikan entrinya.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...