Skip to main content

Saya Sayang Kalian!


Aku membesar dengan kasih seorang ayah yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Ayah yang tidak pernah menolak permintaan anaknya. Ayah yang sangat baik untuk seorang anak seperti aku. Anak yang banyak menyusahkan ayah dengan ulah yang dia lakukan. 

Anak itu yang kini tidak lagi mengukir senyum pada wajah ayah. Ayah yang dengan sabar menghantarku ke Kulim setiap kali dia akan kembali ke tempat pengajian. Ayah yang menantinya hingga bas bergerak meninggalkan stesen. Ayah yang menyambut kepulangan anaknya ...

Jika suatu ketika, dia berikan nombor satu dalam kelas pada ayah. Jika suatu masa dia menjadi antara pelajar terbaik sekolah dan ayah melihat dia mengambil hadiah pada 2007. Jika suatu masa ayah menghantarnya menaiki bas ke Petaling Jaya... Kini, apakah yang dia beri pada ayah? Duit yang dia peroleh daripada hasil penulisan belum sekali sampai pada ayah. Berita dia ke sana sini, tidak sampai pada ayah. Buku yang dia tulis belum sampai ke tangan ayah.

Ayah, sungguh rindu itu bertamu sejak minggu lepas ... Makin menggila rindu itu saat ayah hadir dalam mimpiku semalam. Mimpi yang seakan aku rasakan ia sebuah kejadian benar dalam diriku. Petanda apakah? 

Ayah, 
yang paginya sudah menghidupkan motor menoreh getah.
Ke kedai membeli sarapan,
masih bekerja menyara keluarga.

Aduhai si anak bongsu,
tiba masanya hubungi ayah yang sering merisik perihalmu daripada kakak.
tiba masanya hubungi ayah, wahai anak ...
sebelum terlambat ...

Ayah, 
terima kasih benarkan anakmu ini terbang
menggapai citaku sebagai penulis.
mendoakan dalam diam agar anakmu tidak lagi membuat ulah.

Ayah,
adik rindu ....


Ayah hanya ada seorang, wahai si gadis bongsu.
Keluarga hanya ada sebuah
Walau si gadis bongsu sering membuat ulah,
sayang kalian masih terasa ... dalam hatiku
nan keras dan degil 

saat seorang demi seorang bergelar isteri dan menambah bilangan keluarga kita
ketika itu berderai air mata melihat kakak menjadi milik orang lain,
tetapi
itulah lumrah kehidupan ..

Aku sentiasa okey. Aku sentiasa baik-baik sahaja di sini. Aku sentiasa OKEY. Usah ditanya lagi , "Adik Okey?" kerana ia hanya melebatkan mataku dengan air yang turun tanpa dipinta. Aku okey, wahai kakak-kakakku. Adikmu ini akan menghabiskan pengajian, Insya Allah selagi nyawa masih di badan walaupun mengulang banyak kali, terjatuh banyak kali ... Adikku akan menamatkan pengajiannya. Insya Allah. Percayalah wahai kakak-kakakku.


...




ini entri ingatan buat diri sendiri yang diamuk rindu pada mereka ... 
keluarga nun di Kampung Bukit Kabu - Alor Setar -Perak - PG Safiyyah .
Allah, jagalah mereka kerana mereka tidak berhenti mendoakanku

jamilah mohd norddin
uiam
(^___________^)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...