Skip to main content

Penulisan Puisi : SN Prof Muhammad Hj Salleh

## Aku sambungkan pengisian penulisan puisi. Kali ini perkongsian oleh SN Muhammad Hj Salleh.


Sastera Malaysia tidak luas. Ia bukan lautan, hanya sungai yang alirannya kecil. Sastera Malaysian masih tergenang dan sedikit airnya mengalir sampai kepada khalayak. 

SN menekankan bahawa kita mesti meluaskan pembacaan dan tidak hanya terhad kepada bacaan dalam negara. Tidak sekadar membaca karya kawan-kawan. Apabila pembacaan diluaskan, banyak perkara baharu yang akan kita tahu dan pengetahuan kita makin luas. Pembacaan tidak akan mengecewakan.

Tambah SN Muhammad Hj Salleh, kita sudah terlalu banyak meminjam daripada orang lain. Sastera dan perumahan harta asli yang kita punya. Sastera rakyat asli daripada rumah. Rumah panjang, rumah-rumah negeri milik kita yang tidak boleh ditiru orang luar. Teknologi dan lain-lain semuanya kita pinjam daripada orang luar.

Kita boleh sahaja terlibat dengan "sastera wangi, " tetapi ia tidak membawa kita ke mana-mana. Harus berani bereksperimentasi dengan bahasa. Lihat sahaja orang dahulu yang suka mencipta ayat-ayat yang menjadi bacaan kita hari ini. Apakah yang akan kita tinggalkan pada generasi akan datang? Adakah bahasa rojak? Persoalan yang mesti difikirkan.

SN Muhammad Hj Salleh seorang yang suka mengembara dan sangat menganjurkan kita mengembara sementara masih muda. Ini aku setuju, kata orang zaman bujanglah untuk berjalan lihat dunia. :)

Buku yang baik hanya akan dinilai selepas 25 tahun. Bukan masa sekarang. Buku yang terkenal hari ini belum tentu akan kekal untuk generasi akan datang. 

Berada dalam dunia sastera, ada sesuatu yang mesti kita tahu. Mesti berani menjadi tidak popular! 

Salah satu hobi SN Muhammad Hj Salleh mengumpul kamus. Beliau banyak cerita tentang pembelian kamus. Ada yang diperoleh percuma dan ada yang dibeli dengan harga tinggi.

Bagaimana mahu menyemak karya? Catat dahulu, tulis kemudian. Suntinglah karya sehingga berpuas hati walaupun ia mengambil masa yang panjang.



*** akan dikemaskini kemudian. Ini hasil catatan dalam buku conteng. 
*** bakal bersambung dengan pengisian oleh SN Dr Anwar Ridhwan

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...