mendaki tangga , terjatuh itu biasa

Luka badan, nampak di mata, luka di hati? (kredit.)

Saat terjatuh , dan luka merah nampak di mata , spontan mata mengalir air mata. Spontan mulutnya menyebut  "alhamdulillah," agaknya ada dosa yang tidak dia sedar. Ada dosa yang mahu Allah basuh. Dia tidak sedar tangga yang sedang didakinya licin baharu sudah dimop mak cik cleaner yang rajin. Dalam air mata yang berjurai , bibir tersenyum.

"Allah, terima kasih. Jika aku tidak jatuh , aku tidak tahu apakah rasanya sakit jatuh tangga."

Perihal impian. Cita-cita. Mimpi.

Semua orang punya cita-cita. Hanya orang yang punya matlamat akan berjaya dalam hidupnya. Orang yang matlamatnya Allah, akan bekerja selaras yang Allah pinta.

Tadi usai membaca secara sambil lalu, dia mengiakan. Namun satu kenyataan hadir dalam kepala. Lebih baik meraikan semua perbezaan . Setiap orang tidak akan sama.

Si A lebihnya dalam menulis. si B lebihnya berkata-kata. Si C pintar dalam kedua-duanya. Mungkin dia banyak menulis dalam fb , blog dan di mana sahaja sebab itu kelebihan yang ada pada dia. Mungkin asbab tulisan dia ada yang mendapat manfaatnya.

Siapakah yang tahu sisi mana tulisan kita, percakapan kita, yang boleh menyentuh. Mungkin menyakitkan ...

Percayalah, sakit ketika mendaki itu perlu, asal carilah ubat pada kesakitan jatuh itu supaya akan sampai ke tingkat yang mahu dituju.

Allah, pimpin tangan kami menuju jalan kebenaran. Hidup mesti diteruskan dan cita-cita yang sedang Kau tunjukkan jalan, semoga makin terang... :)

Comments

Tetamu Istimewa said…
Betul tu, Jamilah. Ada penulis yang hanya boleh menulis. Ada pula yang boleh menulis dan boleh pula memberikan bimbingan melalui kata-kata.

Bagi saya, saya ini hanya boleh menulis di atas kertas tetapi sukar untuk meluahkannya melalui kata-kata.
Tetamu Istimewa,

biar tulisan itu berbicara, bekal juga di dunia Sana

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut