Meredah hujan mengingatkan aku pada entri Suhada tentang Hujan,
ceritera Umairah dalam blognya perihal hujan. Di blognya ada banyak kisah hujan dan saya hujan akan mengingatkan saya pada gadis pencinta hujan ini.
kak Ainunl Muaiyanah yang mencintai hujan..
Meredah hujan sendirian,
diteduh payung biru berkarat dalamnya tetapi berjasa pada tuannya,
tidak sabar aku menanti hujan reda
hujan dan air mata .. itu nyanyi Allahyarham Sudirman
Nyanyian hujan ... itu blog kak Ainunl Muaiyanah
Pencinta hujan .. itu Umairah yang aku kenal
Suka main hujan .. adakah itu aku?
menyebut perihal hujan, akal mengimbas kata-kata ustaz dalam kelas. Hujan dalam bahasa Arab ada dua perkataan (sekurangnya ada dua.. yang lain saya tidak tahu) al-mator (Ų§ŁŁ Ų·Ų±) dan al-Ghais (Ų§ŁŲŗŁŲ«)
al-mator Allah gunakan jika hujan yang Allah turunkan maknanya azab kepada kaum tertentu atau amaran. Sedang al-Ghais Allah sebut jika hujan itu bermakna hujan yang membawa kebaikan atau rezeki. Jadi , perkataan yang sesuai menterjemah kata hujan dalam bahasa arab adalah al-Ghais. Jika dahulu memang tidak tahu, dan apabila disebut hujan, yang ada dalam kepala perkataan al-Ghais.
Semoga hujan yang mencurah bulan ini menghadirkan rezeki buat kita. Menghidupkan tumbuhan, membasuh kotoran yang tidak tercuci tangan, dan menyuburkan bumi.
Sekian, cakap-cakap perihal hujan.
** seperti biasa, apabila ada peperiksaan , tangan terasa sangat gatal mahu menulis dan buat macam-macam.
Comments
alhamdulillah3. moga hujan yg bermanfaat. al-ghais, insyaAllah, ameen!
ps: entah sebab apa, dari sekolah lagi suka tengok hujan. agaknya, umy lahir time hujan, kot? o_0'
p/s: harus tanya ummi umy soalan tu.. :D