catatan dinihari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Gadis itu melepasi satu demi satu rak buku yang ada di MPH Alpha Angle. Hujung minggu itu dia 'melepak' sambil menghidu haruman buku yang dirindu. Cuti Sekolah. Ramainya pelanggan yang ada bersama ibu ayah.

"Ibu, nak beli buku ini." Anak itu mengunjuk sebuah buku.

"Ala, cerita repunzel boleh tengok di tivi."

Ah, kasihan anak yang mahu membeli buku itu.

****

Cerita BBW sudah berakhir kepada gadis itu. Pejamkan mata, habiskan buku yang sudah dibeli. Apa guna buku dibeli hanya jadi penghias almari. Kata Tuan Bahruddin Bekri, ilmu hanya bermanfaat saat saat ilmu itu mendekatkan pemiliknya dengan Allah.

# pejam mata lihat buku. Selak dan rasakan harumnya sahaja. Ada bajet baru kira lain. Alamak, terbeli majalah tanpa sengaja.

****

Kedai Buku 1 Malaysia di Puduraya (senang lagi aku menyebut Puduraya, walaupun namanya sudah menjadi Pudu Sentral.), bilakan dapat aku ke sana lagi? Haruskah aku ke sana lagi? 15 peratus diskaun setiap buku. Hm...

****

FOKUS! -Ina Nailofar pesan.



***
Wah, anak saudara akan bertukar status. Daripada pelajar pra-sekolah, melangkah ke darjah satu. Comel pula membayangkan jejaka tampan tujuh tahun itu berpakaian sekolah. Dia suka meneroka. Dia kreatif. Abang, jangan mudah merajuk dan menangis. Lelaki jiwanya kuat!

Aqilah, sudah berapa bukukah yang kamu baca? Ibu saudaramu ini tidak dapat hadiahkan benda lain yang boleh dibeli ibu ayah. Cukuplah Acu berikan buku untuk bacaanmu. (walaupun hanya beri pinjam. Acukedekut)

Syafiqah yang comel. Lima tahun pada 5 Januari. Semangatnya kuat mahu ke sekolah. Sering mahu bernakal-nakal dengan ibu saudaranya, tetapi diam di sekolah. Teringat catatan Puan Nisah Haron lewat buku Kembara UK beliau.
***
Hujung tahun?
tidak rasa apa-apa.

***
sudah tahu  sakit, carilah ubat. Hilangkan ketakutan bertemu doktor. Mereka tidak makan orang. :) Terbayangkan wajah manis perempuan berkot putih.

"orang nak kakak jadi ahli farmasi, senang ambil ubat." itu impian kakakku pada anak sulungnya. Kata kakak, bagus juga ahli farmasi daripada doktor. Ah, sudah lebih sedekad dia bergelar jururawat.

sekian, terima kasih.
4.10 pagi
211212



Comments

Embun Melati said…
Buku lah pengubat duka akak di kala kesedihan..:)
Salam ziarah berutus senyuman :)

Masih rasa tak sihat ke? takpa, demam kafarah dosa.
Lepas ni mesti boleh tulis laju-laju ^^

Sayang kamu.
**bukan sebab selit nama hamba dalam entri ya :)
Embun Melati,

Wah, kadang terbeli buku tanpa sedar sebab nak puaskan hati sendiri
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ ,

agaknya. :) sebab itu melalut tulis entri awal pagi. 9 bulan lagi akan lahir 'anak' seterusnya kot.. haha.

*sayang kamu juga. Poskad daripada bumi sakura? Wah, cemburu akak.

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut