Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا ...
catatan untuk mengabadikan

Comments
Semyum dan tangis adalah fitrah manusia dimana Allah SWT yang menciptakannya. Surah AnNajmi:43 وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Oleh kerana senyum dan tangis ini merupakan fitrah, maka senyum dan tangis pun biarlah bertepatan dengan masa dan tempatnya. Lebih2 lagi apabila manusia lari dari petunjuk Allah SWT (AlQuran)dan menghadapi penghidupan sempit, maka tidak ada gunanya kita tangis takdir yg menimpa kita! Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
Manusia sering menyalahi takdir tetapi tidak pula diri mrk sendiri apabila tidak mengikut AlQuran sebagai panduan hidup. Bila ditimpa musibah, maka ketika itulah siapa pun tidak mengambil kisah tentang diri kita. Malah langit dan bumi pun menempelak nasib kita. Surah AdDukhon:29 فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
Wallahualam