Skip to main content

Ayuh Mendaki.

Berjalan tanpa henti.
Apakah Allah akan melorongkan jalan bagi seseorang yang duduk sahaja tanpa mahu sekadar untuk mendongak kepala lihat apa yang terjadi sekelilingnya apatah lagi bangun untuk menggerakkan potensi dalam dirinya? Rugilah mereka yang sentiasa cukup dengan keadaan diri tanpa mahu berubah walau satu inci. Dalam satu demi satu peristiwa yang Allah hantarkan dalam hidup ini, tersedar aku bahawa betapa banyak hikmah yang Allah mahu aku perhatikan selama perjalanan singkat ini.

Ya, masih banyak yang harus dan perlu diubah namun bukankah dalam setiap usaha pasti ada natijahnya. Allah tidak melihat natijahnya namun apakah usaha yang dilakukan seseorang hamba itu.

Beberapa hari lalu, seseorang bertanya pada aku:
“Betulkah kamu dibarred daripada peperiksaan ‘arudh?” Aku mengiyakan dan cepat-cepat menyudahkan perbualan. Sebolehnya aku tidak mahu menyebut tentang itu. Tentang masalah demi masalah yang pernah aku reka hinggakan tekad untuk menukar ke jurusan lain. Allah mahu aku kekal sebagai pelajar bahasa Arab. Amin. Semoga Allah permudahkan.

Diri yang tidak memberi ruang kepada diri sendiri untuk terus melangkah. Lantas, apabila Allah sudah bukakan ruang seluas-luasnya, tangkaplah ia. Hapuskanlah air mata, bukakanlah mata seluasnya agar kamu nampak peluang itu.

Insya Allah.

Ia mungkin sebuah perjalanan yang panjang. Jatuh, bangun dan jatuh lagi. Asal sahaja tiada kata putus asa dalam diri, Allah pasti lorongkan jalan. Jadikan apa yang terjadi sebagai asbab untuk kamu kembali mencapai sebuah cita yang kamu impikan sejak dahulu... Benar kita tidak tahu apakah yang akan kita capai pada masa depan namun usaha hari inilah yang menjadikan kamu di masa depan sebagaimana kita hari ini adalah siapakah yang kita mahu jadi di masa lampau.

Jadi, ayuh mendaki wahai diri! Jadikan apa yang terjadi sebagai sumbu untuk kamu kembali mengecap cita-citamu. Usah pandang belakang. Hiduplah dengan apa yang kamu ada pada hari dan berdoalah yang terbaik. Mungkin kamu sayangkan sesuatu, namun ia buruk untuk kamu namun kamu benci sesuatu sedang itulah yang bawa kebaikan. Belajar untuk redha.

Amin...

Comments

Assalamualaikum,
alhamdulillah..ayuh mendaki!
satu entri yg cukup memberi smngt...
syukran.
Assalamualaikum,
alhamdulillah..ayuh mendaki!
satu entri yg cukup memberi smngt...
syukran.
Srikandi permata,
Waalaikumussalam..

Alhamdulillah.
Entri untuk memberi semangat kepada diri sebenarnya.
:)
Semoga mencetus semangat.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

Satu Hari Di Kedai Secret Recipe.

Ada dua sahabat bernama Da dan Lu’luah keluar outing ke JJ. Kononnya lu’luah mahu mencari sandal baru menggantikan sandalnya yang sudah mula mengeluarkan bunyi pelik. –menandakan akan tamat riwayat. Maka, setelah kelas koku, mereka bergerak keluar.. Misi: mencari sandal. (cerita lain) Kasut belum berjaya ditemui. Mereka melalui sebuah kedai kek bernama cafe Secret Recipe. “Jom kita makan kek nak?” Da memberi saranan dan Lu’luah hanya mengangguk. “Jom!” Mereka menuju ke Kedai secret Recipe yang menghidangkan pelbagai jenis kek yang tentunya sangat sedap. (huhu, benarkah semua sedap?) Mereka melihat kek-kek yang ada terpamer di situ. Ada berbentuk ladybird, gambar ultraman dan kek yang biasa kita lihat... “Akak, nak kek yang ini. Black Forest.” "Okey, makan atau bungkus." Da pandang Lu'luah. Lu'luah kata: "Makan." Setuju. Makan di cafe Secret Resipe. "Okey, duduk dulu." Malangnya Da dan Lu'luah kurang faham, lalu menuju ke kau