.belum pulang ke kampung sebagaimana sepatutnya. .Oh, aku juga semakin tidak kenal dengan diri sendiri. Mahu SEGERA kembali. Mengenal diri yang dulu. Semangat lama. Semakin membantah. Dalam diam dan nyata. Kata seseorang aku tidak suka di bawah arahan. Sedang aku suka mengikut perintah. Syaitan. Hati yang kotor. Memang mudah aku cakap itu ini begitu begini. Memang senang aku menulis macam-macam perkara. Sedang hakikatnya.... Takut dengan diri sendiri dan tidak berusaha untuk lari. Bukan aku tidak cuba untuk berlawan dengan 'dinasour' dalam diri, sering pula berakhir dengan tidak mengerti. Dia berkata. Aku membantah. Syukur sebenarnya masih ada yang mahu menegur aku. Siapakah yang tidak mahu berubah? .Tidak ada sesiapa. Jika orang lain penat dengan diri ini, apatah lagi batang tubuh yang menghadapnya hari-hari. Belakang orang senang aku kata mahu jujur. Mahu bercerita. Mengapa suara itu tidak terluah ketika di depan mata? Hanya akan menyakitkan dan terus menyakitkan. Akukah yan...
catatan untuk mengabadikan