"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Buku-buku dibaca 2012, namun baharu hari ini terasa mahu berkongsi mengenainya. Semua novel awal remaja ini diterbitkan Galeri Ilmu. Alang-alang sudah baca, eloklah tulis sedikit catatannya.
1) Eee ... Sayur. Resha Hamzah & Azlan Ismail
"Acu. Akak baca buku ini. Akak sudah salin resepi jus Jus Lobak." beritahu anak saudara saya selesai membaca buku ini. Dia tidak sukakan sayur,lalu saya hulurkan buku ini. Pada awalnya seperti berjaya, namun sebenarnya dia masih tidak makan sayur.
Eee... Sayur mengajak kanak-kanak menyukai sayur. Ini satu usaha murni, sebab dalam sayur banyak kebaikannya.
Ceritanya ringkas dan bahasanya santai. Ada gambar-gambar sayur. Ada cerita mimpi dengan sayur gergasi. Buku harus baca mereka yang tidak menyukai sayur. Tidak hanya kanak-kanak, remaja dan dewasa juga yang tidak menggemari sayur juga harus baca.
... menunggu kisah seterusnya.
2) Brr ... Sejuknya Salji. Iwan Ghazali.
Iwan Ghazali mula saya kenali melalui novel sulungnya Melodi Hati. Beliau memanfaatkan pengalaman di Amerika dalam kisah kali ini.
Ada bezanya dengan 'melodi hati' yang sarat dengan emosi dua bersaudara. Novel ini lebih 'riang'. Masih berkenaan dua beradik, Ida Farzana dan Syazwan yang akan mengikut ayah mereka berpindah ke New York. Mahu tahu kisahnya, harus baca sendiri buku ini.
Saya suka buku ini. Cerita dua besaudara.
Iwan Ghazali bakat terbit dengan buku-buku baharu bagi 2013.
3) Ops Conteng: Zayu Hisham
Kisah penyiasat cilik mencari punca contengan di dinding sekolah remaja. Mereka yang sukakan novel penyiasatan harus baca. Cikgu Zayu Hisham juga sudah banyak menulis dengan Galeri Ilmu untuk novel awal remaja dan sudah memiliki buku Motivasi.
____________________________________
* Kagum dengan kegigihan mereka yang sentiasa menulis dan menerbitkan buku saban tahun.
* ini namanya sedikit catatan sudah baca buku. Kagum dengan blogger yang gigih berkongsi buku yang mereka baca.
* 2013.2013.2013.

Comments
banyaknyaa buku akak .
jeles .
hihi.
akak nak suggest buku wajib beli 2013 ?
:DD
Buku wajib beli: Diari Mat Despatch, Bahruddin Bekri. (akak suka gaya penulisan beliau. Tak tahu Najiha suka atau tidak. dan buku Rintik-rintik Hanya Singgah, Jamal Ali)
sukanya tengok :)
:D
banyak buku cerita sahaja.
saya yg ada sikit buku pun ada juga yg tak habis baca lagi..hihi
kadang2 tgk org lain minat beli dan baca buku menjadikan sy pun bersemangat nak jadi ulat buku..