Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Usah Ditanya Mengapa...

Banyak mengeluh hanya akan melemahkan jiwa, Selagi mana kamu boleh melangkah teruskan melangkah biarpun hanya mampu merangkak... Lama-lama akan sampai juga ke destinasinya.. Rasa lemah, letih, penat semuanya tidak perlu kau endah. Lihat hujung yang mahu kau jejak, Fikir penamat yang mahu kau lalui, Pedulikan semua yang ada di sekeliling Malang apabila kamu tidak pedulikan yang dii sekeling, Hanya nampak dunia kamu dan kamu... Langsung tidak kamu lihat apakah sebenarnya yang sudah berlaku... Keras benarkah hatimu? Malu aku dengan apa yang sudah berlaku, Terlihat aku akan kejahilan setiap kali melangkah keluar kelas, Mahu belajarkah atau tidak? TIDAK FAHAM... Namun langsung tidak bertanya seakan faham semua benda. Yang Allah lihat bukan natijah namun usaha. Allah beri ikut kadar usaha kamu... ITD...

Semalam...

Selesai kelas untuk sesi 3.30 petang hingga jam 5. Aku menuju ke masjid biru untuk menunaikan solat Asar sebelum ke kelas seterusnya.Telefon genggam bergegar dalam kocek jaket. Melihat. Ada missed call daripada 019.... Nombor ayah... Aku mendail semula... "Assalamualaikum.." bla.. bla.. bla.. "Ayah sihat?" "Macamana sekarang? Belanja?" "ada lagi" bla. bla bla... "itulah yang ayah nak tanya." Sebak. Mata sudah bergenang air. Tidak sekali aku telefon ayah sejak datang 3 minggu lalu.beberapa hari lalu, aku tertekan nombor ayah, beberapa kali. Namun dimatikan semula. Ayah menelefon, aku tidak terangkat. Sampai semalam. Allah, berkatilah kehidupan ayahku.. Ayah yang membesarkan aku dengan kesabaran. Melihat anak bongsunya ini membesar namun belum matang sepenuhnya... maafkan anakmu, ayah... 21.9.2011 ITD IIUM.

Akhirnya Aku akan belajar Nahu. :)

Recovered. Memang rasa mahu dan tidak ingin ambil Nahu lagi sebab sebenarnya minggu lepas aku langsung tidak ke kelas. Sengaja? Memang aku sengaja untuk tidak ke kelas dengan alasan sepele. Alasan remeh yang aku reka untuk diri aku sendiri dan akhirnya aku takut untuk ke kelas. Semalam. Ada kisahnya. Pagi ini aku kuatkan kaki untuk ke kelas. Semalam sudah mesej kak Ema, ustazah Nik Hanan mudah atau tidak lepaskan pelajar untuk drop subjek. Rasa takut untuk masuk ke kelas sebenarnya. Pagi tadi jerit-jerit buat bising sewaktu melangkah ke kelas. Ganggu orang mahu tidur pula. Memang kaki melangkah dengan debaran. "Apa ustazah akan kata?" "Nak cakap apa Khamis tidak kelas?" Aku jalan juga. Kak Husni kata, walaupun kita kena kata kita boleh. Yakinkan diri baru boleh. Semua ustaz ustazah cakap begitu. Believe! You get it! Dengan izin Allah tentunya. Namun Allah Maha Tahu. Aku gerakkan juga langkah kaki ke kelas yang pelik itu. IRK ADM LR3, L1 CPD. Kelas berkunci. Semua me

Kamu Itulah Kamu.

Lurus sangatkah aku ini? Naif benarkah diri ini? Dengan apa yang aku lakukan, kadang terasa aku seakan budak lurus yang tidak tahu lakukan apa-apa. Sedangkan dari satu sudut aku ada kedegilan yang tidak tertonjol secara nyata dalam kehidupan aku seharian. Ketika ustaz Akmal Khuzairy mengatakan bahawa adanya pelajar universiti yang kerjanya datang kelas dan balik bilik tanpa kenal orang lain di sepanjang perjalanan, aku seakan mahu tersendu. Akulah manusia itu yang susah untuk berkawan. Bukannya mesra alam dan menyambungkan silaturahim dengan orang baru. *rasa mahu sorokkan muka di bawah meja* Seharian ustaz Akmal Khuzairy ‘berleter’ tentang peluang dan untungnya manusia yang berada di universiti. Saat orang lain ada yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, aku di sini. Allah letakkan aku di taman ilmu dan budi. Allah berikan aku peluang yang sangatlah rugi apabila aku hanya melihat peluang itu berlalu pergi. Tahu tetapi tidak amal itu sangat bahaya. Aku manusia yang sibuk

Kelas Jahili 1

Kelas Jahili belum bermula secara rasminya. Hanya memanaskan enjin dan ustazah membawa kami pelajarnya kembali ke zaman Jahili. Zaman perantaraan sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah. Zaman di mana mereka yang bukannya dipanggil Jahiliah kerana tidak pandai yang kita faham hari ini namun disebabkan mereka menolak kebenaran. Mereka ada yang beragama Nasrani, Yahudi dan lain-lain kepercayaan. Namun ditolak risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hanya disebabkan sikap. Lalu berbuatlah mereka akan perihal yang mereka lakukan ketika itu. Menanam anak perempuan, minum arak, merenung nasib dan bermacam perangai yang boleh kita baca melalui buku kisah-kisah teladan dan syair yang dibaca. Mengapa syair? Ustazah telah membuatkan hatiku berbunga-bunga untuk mendalami syair. Kata ustazah, penyair itu seorang PEMERHATI. An observer. Dia lihat. Dia renung. Dia renung. Dia tulis. Dalam bentuk puisi atau kisah itu pilihan. Menggunakan nama orang itu sendiri atau dimasukkan d

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Catatan Dalam Diam versi 4

Petang semalam tidak menjadikan aku serik. Usai kelas introduction to translation yang mengundang bermacam rasa dalam diri, aku bergegas menuju ke Hentian Bas Safiyyah. Sudah berjanji dengan kak Sarah MPR 2007 untuk menghantar kembali buku yang aku pinjam tempoh hari. Dalam renyai hujan, setelah solat Asar di Masjid Biru, aku terus menuju ke hentian tersebut. Ya Allah, semakin banyak kereta dalam Taman Ilmu dan Budi ini. Semakin takut pula aku untuk melintas jalan, dengan mata yang makin terhad pandangannya. Kereta beratur panjang, dan harus berani menyusp untuk melintas. Bas sasaran aku T231 untuk ke Terminal Putra. Setengah jam menunggu, hanya sebuah yang hadir. Manusia padat. Aku mengundur. Teringat yang aku mahu ke KL Sentral, lalu U12 aku naiki sampai ke Masjid Jamek. Inilah kali pertama. Dan ini aku mahu cerita... Bukan tentang bas yang sangat sejuk hingga aku menggigil. Bukan tentang hujan yang terus mencurah. Bukan tentang jalan nan macet. Turun daripada bas, aku jal

Catatan Dalam Diam versi 3

Bahagia andai terus tersenyum Alhamdulillah, aku masih Allah berikan kesempatan untuk berada di Taman Ilmu dan Budi ini. Semalam siswa-siswi lama yang bercuti lima bulan dan dua bulan kembali menyambung perjuangan di taman ini. Aku? Sudah lima hari aku berteduh di bumi ini. Sengaja datang awal, usah ditanya mengapa kerana aku sering tiada jawapan pada perkara yang aku lakukan. Sengaja tidak mencari jawapan dan lakukan untuk kepuasan diri sendiri. Semester ini aku akan melaluinya tanpa PTPTN. Pinjaman aku telah disekat kerana pencapaian dalam pelajaran yang mengecewakan dan tidak memenuhi syarat untuk dilanjutkan pinjaman.  Senyum tidak perlu kata apa-apa. Insya Allah, ini pengajaran untuk diri aku sendiri yang sangat bena tak bena dengan pelajaran sendiri. Ayah, kakak-kakak, maafkan puteri bongsu ini yang telah dihanyutkan perasaan. Bergenang juga mata saat melihat baki akaun tempoh hari, namun sendiri buat sendiri tanggunglah kan. Jadi, aku harus terus dan terus tersenyum.. Yea

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Catatan Dalam Diam versi 2

Sahabat mewarnai hariku. Kenapa semua orang baik? Orang sekeliling sering membuatkan aku rasa terharu dengan kebaikan mereka. Sahabat yang aku punyai dan gauli tidak ramai namun yang sedikit ini terlalu bermakna buat diri ini. Sahabat manakah lagi yang kita impikan melainkan mereka bukan hanya bersama-sama kita saat senang, namun berusaha memudahkan urusan saat kita tersepit dalam keadaan yang disebabkan diri sendiri. Inilah hikmahnya pinjaman aku disekat, aku tahu bahawa di sekeliling aku masih ramai yang baik. Baik. Baik. Segan aku. Sudahlah aku bukannya orang yang suka menolong atau pedulikan orang lain. Allah berikan pula aku sahabat yang ingat aku. Terharu. Rasa mahu menitik air mata walaupun hanya sebaris kata atau sebaris mesej yang mereka ucap dan tulis. “jamilah ada duit tak?” Kalian. Terima kasih. Insya Allah setakat ini aku masih boleh bertahan.  Usah risaukan aku. Aku okey. Insya Allah kewangan aku masih okey. Aku terharu. Aku rasa mahu menangis ketika kalian t

Durrah Nur Aqilah: Berani Bermimpi.

Aku tidak kuat dalam pencarian ini. Sering dan terus tersasar langkah kaki daripada arah sebenar perjalanan dalam mencari makna diri. Hati yang aku miliki terlalu kecil mungkin untuk kembali mengukir impi setinggi langit, merenung dalam-dalam hakikat kejadian diri dan berusaha mencari ‘bakat’ yang Allah telah bekalkan dalam diri ini. Benar. Hati yang kecil tidak membenarkan diri melangkah jauh ke dunia cita-cita yang aku impikan suatu dahulu. Aku makin takut untuk bermimpi atau memandang jauh ke hadapan. Apa yang aku nampak adalah hari ini yang aku lalui. Hari ini penuh warna, esok kelabu, lusa putih, tulat hitam dan hari-hari seterusnya yang kadang aku sendiri tidak mampu menjangka itulah hari yang pernah aku lalui. Tidak seperti harihari mudaku yang penuh dengan semangat untuk memburu sebuah impian. *impian menjadi seorang penulis* Pernah saat usiaku ranum 17 tahun yang dipanggil sweet 17 aku catatkan satu demi satu impian yang mahu aku capai untuk masa depan aku, dan kini sudah lima

Random Rant.

Harus berani bermimpi. Berada dalam dunia mimpi adalah momen terindah apabila yang terlihat adalah yang cantik-cantik, yang muluk-muluk, yang menarik semuanya. Namun apabila diri berdiri dalam dunia realiti haruslah bersedia berdepan hakikat yang bernama kehidupan. Manis, masin, masam, pahit, semuanya teradun menjadi ramuan dalam kehidupan. Lalu, mengapa harus kamu menjauhkan diri, menjarakkan dirimu dengan dunia realiti. Tidakkah kamu sedar yang hidupmu bersama-sama manusia di dunia sebenar bukannya dalam alam mimpimu itu. Keluarlah! Buangkan selimutmu dan lihat dunia sebenar yang apabila hitam kau pilih itulah jadinya dan andai warna pelangi yang corakkan kehidupanmu bahagia hadir mekar dalam jiwa. Ya, kehidupan kita bagaimana diri itulah yang memilih. Banyak kali aku dimarah kerana tindakan nan satu itu. Melarikan diri dan menjarakkan diri supaya perihal sebenar tidak terlihat namun akhirnya hal menjadi makin payah dan susah. Allah. Terasa aman apabila tidak ada yang tahu ap

Nak Kahwen?

  Seakan baru tersedar yang diri ini sebenarnya makin menginjak tua. Zaman kanak-kanak sudah lama berlalu, Zaman remaja makin meninggalkan diri, Usia dewasa mula nampak dalam diri, Walau perangai geraknya hanya berinci. Baru tersedar usia makin menuju mati, Adakah bekalnya nanti? Anak yang soleh. Ilmu yang bermanfaat. Sedekah jariah yang pernah dilakukan. Lalu, yang mana ada pada diri? Anak? Rasanya dalam fikiran masih jauh untuk fikir tentang sebua rumahtangga atau baitul muslim. Sungguh. Walaupun sudah ada dan makin ramai sahabat, sepupu yang dahulunya membesar bersama-sama dan kenalan yang menginjak dunia baru alam perkahwinan, aku belum terdetik untuk itu. Mungkin 'pernah' namun tidak lagi. Setelah aku terfikir yang bagaimana nanti lahirnya seorang zuriat yang menyalin perangai aku, aku seakan khuatir untuk walaupun hanya berfikir tentang alam perkahwinan. titik. Beruntunglah mereka yang peroleh zuriat dalam usia muda. Anak adalah aset yang sangat berharg

Kawan Kawen.

3 Syawal 1432 sekali lagi aku menjejak bumi Baling. Alhamdulillah, walau setahun sekali seakan menjadi rutin pula aku turun ke Baling pada musim perayaan. :) Memenuhi undangan jemputan majlis menyambut menantu teman bernama Rokiah di Ketemba Kememeh. Sempat juga bertemu Saadiah di Baling sebelum aku mengangkutnya bersama-sama ke Ketemba Kememeh. Pusing-pusing mencari hadiah akhirnya ketemu selepas beberapa jam.. Haha, jangan marah pengantin dengan hadiah yang diberi. =) Sampai di Pekan Baling hampir jam satu tengahari. Pusing-pusing pekan-balut hadiah-Solat Zohor... akhirnya jam menunjukkan jam 3.30 petang. Tunggu bas hampir setengah jam. Hampir jam lima barulah sampai di rumah kenduri. Makan-masuk bilik pengantin-borak-borak-tumpang solat-sesi fotografi sebentar-selesai. Pulang dihantar pengantin hingga ke simpang.. (walaupun bukan jauh untuk berjalan kaki sendiri. :) ) Tunggu bas hingga 6.30 sebelum nampak bas Baling-Kulim. Hampir jam 8 tiba di Kulim. Bas hanya t