22 November 2011

Lorong...

Dia sedang melorong jalan.
Semalam mendengar baca puisi di Experimental Hall bersama teman penulisan, Umairah Shafei . Kali kedua dalam hidup menyaksikan secara berdepan acara baca puisi setelah aku sendirian menonton baca Puisi Riong tahun lalu. Rasa teruja apabila semester ini seakan banyak aktiviti sastera (penulisan) yang dianjurkan di UIAM. Almaklumlah, sebagai sebuah universiti yang mana teras bahasanya bahasa Inggeris dan bahasa Arab, celah mana mahu mendapatkan acara sastera Melayu atau penulisan melainkan ada persatuan yang menganjurkan.

Terima kasih Poetry Club dan Mahalah Safiyyah.

Semalam ada Roslan Madun, Fedtri Yahya, Wani Ardy, Pendekar Bambu, Kak Eja (sayyidah Mu'izzah) Azree Ariffin dan beberapa pembaca puisi yang saya tidak kenal daripada kelab Deklamator Malaysia. Menarik!

Paling mengujakan ada banyak bahasa dan verstail.
Ada baca puisi.
Ada lagu puisi.
Ada baca puisi daripada rakyat Sri Lanka, Bangladesh,
Ada puisi arab yang dilantunkan Rakyat Palestin (ada seorang budak menangis mungkin disebabkan lantunan suara oleh pemuisi.. Tajuk puisinyanya "Marah"
Ada puisi english..
Ada puisi underground. (adakah genre ini??)

Alhamdulillah.
Kesimpulannya ia mengujakan.
Walaupun duduk di bangku dua daripada belakang aku senyum senang.
Rasa masuk dalam dunia lain.... Dunia penulisan yang aku rindu..

......
Khamis ini dapatkan varsiti ye... hihi... Pertama untuk 2011. Alhamdulillah.

2 comments:

Srikandi permata said...

Salam,
moga dunia penulisanmu membawa seribu makna..
menulis kerana-Nya dgn hati yg ikhlas krn-Nya,
moga dirimu sentiasa bahagia dlm ksh syg-Nya.

Lu'luah Nur Jamilah said...

Srikandi permata,

Amin. amin. amin ya Allah.
Semoga Allah berikan istiqamah untuk kamu untuk terus menulis juga.

:)