02 April 2010

{DESA MELAMBAI}

Dengan berbaki stau kertas, aku menggunakan masa lapang dengan mengemas semua  barang yang perlu dipindahkan daripada Qamar Lu'luah.. Maka berpisahlah aku dengan Qamar Lu'luah yang aku diami selama dua sem. Satu sem berteman dan sem seterusnya aku menguasai Qamar ini seorang diri. Memang seronok! Ada duit katil untuk seorang individu...

Semenjak pagi, aku mula mengemas. Memasukkan barang yang perlu ke dalam kotak.Semuanya berjumlah enam kotak dan berisi dengan buku-buku yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Hanya satu kotak untuk tujuan akademik, yang lain-lain.. :)

Terasa seperti mahu dibuang semua buku itu ke dalam Sungai Gombak dan membakar semua kertas yang ada dalam simpanan aku. Tidak perlu susah-susah mengemas.. -mengeluh pula aku.-

Akhirnya, menjelang Maghrib aku berjaya menyudahkan sesi mengemas dan meminimumkan jumlah kontena -kotak- yang akan dihantar ke stor. 6 kotak + 2 beg. Maka, aku terpaksa berpisah dengan si Merah kesayanganku yang terpaksa ditinggalkan di sini untuk diisi dengan barang-barang..

Tapi, cuti hanya dua minggu.. Kertas terakhir belum selesai. Cuma aku terasa bersemangat untuk mengemas supaya tiada yang akan aku tinggalkan di Qamar Lu'luah yang meninggalkan kenangan pahit manis dua sem aku di bumi Gombak..

Alhamdulillah, akhirnya aku akan terbang ke Kedah,... :)

Ada rancangan besar menanti di rumah..

2-4-2010
08:39pm
Qamar Lu'luah
¬menghitung hari...¬

sign

3 comments:

Jamilah said...

Umairah Shafei,

Hehe.. Tak lama dah kan.. Okeylah tu.. :)
Semangat berkemas supaya dapat tempat selesa dalam stor.. :)
Mengira hari..., 8hb baru balik.

alifnunalif said...

wey..naek trn 8hb mlm ek..sama la kita!!!

tapi malangnya..tak sama tren, kami naek tren yang ke kedah..berenti di Bkt mertjm..

Jamilah said...

alifnunalif..

Sebenarnya tak tau lagi nih.. Kalau akak cakap tak jadi, tak naik trainla.. huu..

Tulis cam dah serius nak naik train je.. Huu,