"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebenarnya banyak judul-judul lagi diterbitkan Galeri Ilmu Media Group atas label Novel Tarbiah Remaja. Saya kongsikan di sini beberapa buah yang sudah saya baca. 1) Friends Forever, Ila Husna. Yang pertama, katakan tentang novel sendiri dahulu. Ini karya sulung saya, jadi yang pertama tentu banyak kurangnya. :) Mahu tahu kisanhnya boleh baca catatan mereka. 1) coretan Rinzuas 2) alif nun alif site 3) Faaiz d.Zul 4) Ina Nailofar 5) nadyaz alias 6) Sinopsis FF 2) Nota Untuk Nurissa, Dissa Azmin. Beliau seorang surirumah sepenuh masa yang menulis. Kagum dengan para ibu yang punya masa untuk menulis. Kata beliau, beliau akan catatkan dialog demi dialog sebelum menulis. Kisah perubahan seorang gadis bernama Nurissa. Ada banyak kata-kata semangat boleh dikutip. Jujurnya, mungkin kelancaran penulisan dalam buku ini harus ditingkatkan. Ada juga ayat-ayat yang terasa se...
catatan untuk mengabadikan