Kotak mesej telefon 'canggih' saya didatangi pesanan ringkas daripada Umairah. Dia bertanya adakah saya sertai lawatan ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang diadakan pada 21 September 2012. Saya yang masih separa sedar menjawab mesej, dan Allah izinkan kaki saya menjejak ITBM.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sudah lama saya ingin menjejak ke sana. Alhamdulillah, ini rezeki. Cerita ini benar-benar tentang takdir terindah yang Allah aturkan buat saya minggu ini.
ITBM ini letaknya hampir dengan rumah ibu saudara. :)
Tiba kami di sana, saya disapa satu rasa yang seakan mahu membeli setiap satu judul buku yang ada. Wah, saya sudah tahu bagaimana mahu mendapatkannya. Terima kasih, kakak yang baik. Suatu hari akan saya hubungimu.
ITBM punya enam tingkat dan masih dalam pembaikan. Dimulakan dengan penerangan serba ringkas dan pengenalan tentang terjemahan yang dijalankan ITBM dan jabatan buku. Ah, ITBM dan UIAM memang dekat. Adik beradik. :)
Saya teringat kata-kata encik Anuar Manshor, (graduan UIAM) yang memberi penerangan tadi,
"kena ada target mahu jadi apa apabila keluar nanti. Jika mahu guru J-Qaf, boleh. Kalau mahu jadi pensuarah, dapatkan skor tinggi, sambung sarjana. Macam saya, mak ayah mahu saya jadi ustaz. Saya tak jadi ustaz pun. Saya mula menulis dan akhbar dan majalah semasa belajar. Sebulan boleh dapat RM300. Tak perlu minta pada mak ayah lagi."
Target. Apakah kerja yang mahu saya jadi?
Tentang terjemahan pula. Encik Sakhri banyak menceritakan yang manis-manis. Teringat saya pengalaman yang suka Dr Akmal Khuzairy ceritakan dalam kelas semasa mengambil "introduction to translation" perihal pengalaman beliau ... dalam manis tentunya banyak yang pahit.
Pengumuman paling teruja. "Sesiapa yang mahu sertai bengkel penulisan 5,6,7 ini, boleh beri nama." Terus saya teringat dua nama. Apabila selesai bengkel nanti bolehlah saya ceritakan kisahnya. Buat pemilik dua nama ini, semoga jodoh kita kuat. :) sayang kalian.
Kemudian, kami dibawa melawat tingkat empat yang menempatkan jabatan terjemahan. Ada kumpulan pelajar yang sedang mengikuti kursus terjemahan am. RM1,200 untuk kursus sepuluh hari. Pelaburan berbaloi bagi yang benar-benar berminat. Saya, sentiasa tiada akal mahu bertanya soalan. Dalam kepala, hadir satu nama. Saya bisik-bisikkan pada Umairah di sebelah. Segan mahu bersapa sebenarnya...
Di tingkat tiga, jabatan buku. Dari kejauhan, saya sudah nampak satu sosok yang saya mahu jumpa. Masih segan alah mahu bertegur sapa. Saya memandang dari jauh. Umairah sedang mendengar penerangan di sudut lain, dan saya di sudut lain. Apabila dia menghampiri, Umairah bertanya, adakah kak Ainunl Muaiyanah?
Saya tunjukkan padanya. "Itu."
Saya kuatkan hati, sedang badan sudah mula bergetar. Reaksi biasa bertemu orang. Kami berdua menghampiri Kak Ainunl dan ....
terasa tidak mahu pulang.
Saya setuju perihal menulis puisi bukan perkara yang boleh diakar-ajar. Kita hanya boleh berkongsi sedang puisi itu hadir daripada hati. Ia mengalir secara semulajadi. Mungkin subjek biasa, ia menjadi luar biasa.
Saya mengenalkan Umairah pada Kak Ainunl. Ah, Umairah. Semoga akad hadir kumpulan puisimu. Rugi puisi manis itu tidak dikongsi ke pelosok dunia. Biar ia jadi harta kita, bekalan pewaris kelak. :)
Maaflah adik-adik BARB andai terlihat kakak nan seorang ini kelihatan 'teruja' dengan pertemuan itu. Dalam sesi lain, pasif, tiba-tiba bertemu editor ini, lain jadinya. :) Sisi lain Jamilah, mungkin. Betul tak, Umairah? Manusia punya banyak sisi, kan?
Soalan popular yang tidak boleh lari apabila "penulis" bertemu. "Bila mahu hantar manuskrip." Tiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttt .....
Insya Allah. Perlu bekerja lebih kuat. Kepada Tetamu Istimewa, pemilik nama Mohd Helmi Ahmad, saya cadangkan kamu menghantar manuskrip kumpulan cerpen ke sini. Kumpulan puisi pun baik juga. :)
kepada umairah, selepas mengkaji puisi nanti, bolehlah bukukan puisi hatimu. Lagi cepat lagi baik. Apabila anak sulung lahir, tentu lahir pula anak kedua.
Kepada Fatin Zuaini, pemilik blog Sidratul Muntaha, semoga pertemuan bersama akan hadir. Tahniah kelahiran buku sulung. Terbaiklah!
*mulanya mahu bercerita tentang lawatan, sudah jadi entri rojak pula. Tidak mengapalah!
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Comments
bila mahu hantar manuskrip? hehe. :)
Insyaallah, doa-doakan ya.
Em, tapi mereka terima ke penulis baru@muda seperti saya ini?
itu soalan paling sensitif. Penulis yang tidak disiplin. Perlukan petua penulis berdidiplin seperti kamu.
itulah yang mereka cari. Apatah yang pernah menang HSKU. :)
dah hampir habis umy geledah buku pyan habib tu, heh.
erm, tapi istimewanya puisi, hari nie kita 'baca' makna lain, esok 'baca', kita 'rasa' makna lain pulak, kan?
erm, doakan umy. hehe
jazakillah!
ALhamdulillah.
Umy dah terserap dengan puisi itu. Dapat rasa yang tidak lama lagi masanya. Ayuh, Umy!
Sebelum grad sem depan. :)
Saya khuatir cerpen-cerpen saya biasa saja. Bak kata orang 'klise' walaupun pernah tersiar.
yang penting manuskripnya sudah dihantar ... siapa tahu bakal tebit.