Cerah wajah
Mengingat dia –seorang guru-Pemberi semangatPembakar obor citaPenginspirasi tempat pertama.
sebujur wajah melintas dalam ingatan. Sekejap terang bayangnya sekejap yang terlihat kata-kata penuh semangatnya. Dia guru yang boleh aku katakan inspirasi aku ketika zaman persekolahan. Seorang guru Ekonomi Asas yang juga mengajar bahasa Melayu di kelas lain.
Semalam. saat aku menyelongkar diari lama mencatat kisah zaman sekolah, terlihat namanya pada muka-muka diari di sini sana. Dua tahun aku bersamanya, dia bagiku istimewa. Malah, sekarang, dia masih inspirasiku.
Cikgu sedang melanjutkan phd beliau. Semangat beliau untuk belajar masih membara. Allah. Semoga suatu hari jejaknya adalah jejakku juga walau bidangnya pasti berbeza.
Jika dahulu, ketika ke sekolah, pasti aku 'menghendap' adakah keretanya sudah tiba saat aku dalam perjalanan ke sekolah. Aku hafal parkingnya kerana memang di situ selalu keretanya di parkir. Aku lihat kereta manakah beliau pandu hari itu. :)
Dalam kelas, walaupun aku budak diam, pernah juga aku berjumpa beliau bertanya soalan. Paling utama, beliau menyokong aku menceburi dunia penulisan. Malah beliau yang menghantar aku ke Plaza Tol ketika aku ke Perkampungan Penulis Muda 2006. Beliau juga yang menemankan aku ke kuiz KOMSAS. Beliau meminjamkan aku komputer ketika aku perlu menyiapkan laporan perkampungan penulis muda. Beliau juga tempat aku pinjam saat aku perlu menggunakan komputer ketika menyertai pertandingan menulis esei.
Aku masih ingat kata beliau "nanti cubalah baca puisi di stesen bas"
Aku pernah menulis dalam diari, kata-kata cikgu Zaini: "“Lepas SPM, buatlah sesuatu yang dapat menjana minda. Sesuatu yang berfaedah”
Allah,
lindungi kehidupan beliau.
lindungi juga kehidupan para guruku
tanpa mereka
tidaklah aku di sini.
Guru,
insan paling istimewa.
Beliau namanya Cikgu Mat Zaini Abdullah. Ingatan padanya tidak pudar hingga nama inilah yang aku abadikan dalam friends forever, novel sulungku.
Comments
ya,
tanpa mereka, siapalah kita.