Menulis bukan sebarang tulisan
Disoal di Sana
Atas landasan apakah penulisan
Kerana menegakkan titah Allah
atau
Demi kertas-kertas tertulis angka.
Allah.
Tetapkan hati ini dalam menulis
Bakat dipinjam-Mu
Bukan dipersia
Demi berkongsi
Demi memberi
Termampu diri.
Seandai esok diri pergi,
Ada harta kemudian hari
Menghulur jariah buat diri.
***
Saya tidak dapat membuang kekaguman pada mereka yang begitu tekal menulis dan berani menghantar penulisan mereka kepada media. Ia sikap yang harus dipuji kerana selagi tidak dihantar karya akan menjadi satu bahan tepu yang terkurung dalam diri sendiri.
Saya mengikut penulisan Mohd Helmi Ahmad, seorang guru lepasan UPM yang makin rancak penulisannya dan karya sering muncul di media massa. Subhanallah. Ilhamnya tentu sekali tertumpah selalu pada dada kertas.
Usai perjumpaan dengan penulis kreatif Galeri Ilmu, saya melihat perkembangan positif.
Wah, bilakah buku kedua akan muncul?
Sungguhlah penulisan tidak berjalan melainkan dengan tekad dan kemahuan tinggi.
Comments
Alhamdulillah, selagi dikurniakan ilham dan dengan izin-Nya saya akan terus berkarya.
Untuk saudari jangan mudah berputus asa.
Kak Jamilah juga apa kurangnya. Sudah menghasilkan novel baru! Waaa, bangganya. Saya ucapkan tahniah pada akak. Semoga akak terus tekal menulis dan menghasilkan karya ya. Sama-sama kita menulis! :)
Semoga selitan nama itu memberi inspirasi buat diri.
Terus berkarya.
Betul. Baru perasan sudah melihat namanya sejak 2009. :D
Ayuh, terus menulis! Sedang mengecas semangat.