4 Jun 2012, kaki melangkah meninggalkan Taman Ilmu dan Budi demi satu misi. Enam tidak bersua muka, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke sana. Ia bukan dirancang, hanya terasa kesempatan datang. Dingin pagi Isnin, terus aku menghantar pesanan ringkas kepada Alang bahawa aku mahu ke UPM.
Petang itu, aku menyertai keramaian manusia di Stesen KL Sentral. Lama tidak aku menjengah KTM yang sudah berwajah baru -yang tidak berubah, keramaian manusia di dalamnya- Bertukar-tukar kenderaan akhirnya aku tiba di kolej kelima UPM, tempat tinggal Alang.
Dan dia setia menanti.
Aku masih aku
Dia masih dia.
:)
Pagi esoknya, aku dibawa ke Bukit Ekspo, berjalan-jalan menghirup udara UPM. Kononnya mahu mencari pokok tempat penggambaran Lagenda Budak Setan, alangkan bumi UPM ini luasnya tidak seperti UIA.. :) Matahari mencacak atas kepala, kami melangkah pulang, kepenatan. Datang ke UPM, dapatlah tanda kedatangan saya di sini. Parut di lutut sebab terjatuh tiba-tiba ketika menuruni bukit daripada kolej k-5 untuk ke bukit Ekspo. Sakit? Itulah tanda kenangan di bumi UPM.
Tengahari itu, makan tengahari bersama cik Ina Nailofar di bilik Alang. :) Alhamdulillah. Dapat cenderahati yang comel.
Petangnya melawat perpustakaan yang banyak koleksinya...
Ada dua bahagian, bangunan A & B.
Menanti bas,
pulang : kepenatan.
Malamnya, awal lagi aku sudah terlena.
Pagi ini, jam 9 kami bertolak pulang. Alang menghulur sebuah buku pula.. Allah, sudah banyak yang kamu beri selama dua hari aku singgah di bumi UPM. Tidak terbayar.
Semoga Allah permudahkan kamu menjawab soalan peperiksaan.
Sekian.
Wassalam.
Selepas ini, USM? UKM? Menarik juga melawat tempat belajar orang lain.

Comments
kenapa tak bagi tahu terluka tika ke Bukit Ekspo tu?takpe, biar ada kenangan kan...hehe Barulah faham maksud alang yang akak memakai kasut tu g Bukit Ekspo...hehe
Lain kali ke UKM????mau turut serta...perpustakaan Tun Sri Lanang!! :)
Pesta Konvo UPM nanti datang lagi tau..Ina bawa g tengok orkid...hehe
Terima kasih kunjungan ke UPN. Maaf tak sempat nak melayani akak..namun, Ina percaya layanan alang dah first class kan? :)
Sudah anginnya nyaman mana nak terbuka buku.
Nanti kita ke UKM pula.