di hujung padang kehidupan
rancang
peta permainanmu
menang
kalah
tidak lelah.
lihat
sejauh langit biru
gapai awan impian
berpijak
di rumput hijau
**********************
Pesan SIfu Az lewat blognya, penulis harus membaca puisi sebagai satu cara membaiki lenggok penulisan. Saya sendiri dapat melihat setelah membaca beberapa buah novel yang ditulis sifu Azmah Nordin, ternyata penggunaan simbol, frasa dan lenggok penulisan beliau segar. Bagi saya, gaya penulisan tidak terbina sendiri. Baca. Baca. Baca. Bukankah itu resepi untuk tekal menulis *ah, senangnya bercakap, tetap menulis: perlukan semangat*
Sejak semalam diteman lagu-lagu Allahyarham Sudirman. Lagunya hijau malar. Sejak dahulu dengar hingga hari ini, belum ada kata jemu. Resepi untuk lagu meletup di sini, liriknya mudah diingat, muziknya 'sedap' di telinga dan sederhana.
Lewat tiga tahun kebelakangan ini, hampir setiap tahun saya menyertai bengkel penulisan. Kata orang, ilmu yang tidak diamal, jadilah ia ilmu yang beku. Macam air dalam takungan, tidak bergerak ke mana-mana. Jadi, menulislah! Tulis. tulis. tulis. Hantar. Ingat semula kata-katamu, kena berani!
Baik, cukuplah setakat ini saya membebel!
Sekarang, cuba membaca buku puisi.
Sekarang, cuba membaca buku puisi.
Mengenal sasterawan bernama Prof Emeritus Shahnon Ahmad.
Projek baru. :D
~Jamilah Mohd Norddin
Comments
novel2nya saya tak pernah baca. tapi satira politiknya, koleksi.
superb
;)