Skip to main content

tulis vs cakap

Aku tidak selalu puas dengan tulisan, sebagaimana aku sering kehilangan bicara. Apabila di tengah ramai, spontan mulut terkunci. Walaupun aku sedar perbuatan itu sangat tidak baik, hinggakan ditegur pemandu teksi pada suatu hari:

"Dah tuhan beri kita mulut kenalah bercakap. Bukannya b*** (tidak baik pula mahu disebut bisu, nampak kasar.)"
Memang kena hempuk sebiji atas jemala, tetapi mulut nan satu tetap terkunci, tidak sama apabila berada berbicara dengan tulisan. Itu tanda seorang penakut yang sangat tidak wajar dicontohi. Paling wajar, gunakan mulut untuk beramah mesra.

Dalam kelas RCP, ustaz Badri menyalurkan nasihat secara tidak langsung lewat bicaranya...
"Salah ketika belajar itu biasa. Kena keluarkan apa yang dalam kepala walaupun tidak betul. Saya bukannya tahu apa yang ada dalam kepala kamu. Apabila saya minta kamu syarahkan khutbah, cari maknanya dalam kamus. Jika ada lebih makna tulis semua makna tersebut supaya kelak ketika saya terangkan kamu nampak. Tidak bermula dengan kosong. Barulah namanya kamu belajar. Bengkok dalam kepala kamu, saya tidak dapat lihat."

Dua biji batu dihempas atas kepala. Memang aku tidak mencari maksud khutbah Saidina Ali yang diajar ustaz. Hanya beberapa perkataan yang dicari kemudiannya tinggalkan begitu sahaja. Usaha yang main-main. Sedangkan, alahai jika dicari tentu sahaja aku tidak perlu gementar sendiri dalam kelas.

Belajar. Kena buat salah. Kita tahu benda baru. Kita ingat. Kita bukannya cikgu untuk sentiasa betul.

Angguk kepala.

Aku lebih banyak belajar daripada kesalahan bukannya perkara betul.

Aku mahu tinggalkan sedikit yang diajar ustaz, sebagai ingatan untuk diri sendiri...

"Aku tidak akan salahkan seorang yang mati kerana kesedihan yang melampau."
Antara maksud kata-kata ustaz Badri pagi tadi. Kemudian ustaz bersyarah panjang tentang penerimaan seseorang akan peristiwa pedih yang berlaku dalam hidup kita. Kita tidak pernah dilarang untuk berasa sedih kerana kekuatan kita tidak sama. Redha tidak semestinya langsung tidak menangis. Kita redha, tetapi sebagai manusia biasa, air mata spontan jatuh dan mungkin seperti air sungai yang deras alirannya ketika kesedihan datang dalam hidup kita. Sesungguhnya kekuatan dan penerimaan setiap orang atas sesuatu peristiwa itu tidak sama. Jadi, biarkan kadang air mata mengalir kerana sebuah kesedihan kerana mungkin suatu hari air mata itu yang menjadi kekuatan.

 Diam tidak bagus.
Diam boleh jadi bagus.
Diam boleh disalah erti.
Dia dianggap sombong.
Diam mungkin tiada idea.
Diam kerana dia seorang pendiam.

ITD-FE-07
9.44 malam.
Saat hati meronta untuk menulis, mengalirlah aksara demi aksara, dipinjam Allah.

Comments

Raf said…
This comment has been removed by the author.
Raf said…
terharu membacanya pabila nasibnya sama..

berapa banyak "karut " da tuu??

http://qeifar.blogspot.com/
http://apit555.blogspot.com/
Anonymous said…
Rafieq Roslan,

mana satukah yang sama?
Karutannya sudah tidak dapat dikira.. :) Sudah baca friends forever? (promosi buku sendiri?)

~Jamilah

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub