sakit

Fikirkan apa yang akan terjadi hasil perbuatanmu hari ini.
Langkah pendek dan pemikiran singkat sering menjadikan aku tenggelam punca.
Kadang cuba mencari solusi sendiri, gagal untuk aku temui.
Ketikanya, punca ada depan mata, tidak aku hiraukan hingga hilang semuanya menjadi debu-debu berterbangan.

Tidak faham.

Semalam pemikiranku lain, hari ini berubah menjadi lain.
Esoknya, aku berubah lain.

Aku semakin sukar untuk fokus kepada perkara yang dilakukan.
Akhirnya aku tenggelam dalam mimpi jauh.
Tidak berfaedah, namun aku tidak betah berada dalam dunia realiti.




hati yang sakit itu, carilah solusinya.






tiba-tiba, datang rasa rindu kepada zaman kanak-kanak ribena yang riang tanpa memikirkan masalah diri sendiri. Semuanya dilakukan dengan gembira.

Ayah, maafkan adik. Anakmu yang tidak menjadi anak yang baik ini. Kejayaan semalam tidak menjamin kejayaan hari ini. tentu ayah menantikan kejayaan anakmu, sedangkan diriku sendiri  seakan mahu melupakan kalimah KEJAYAAN.

Adik, tolonglah jangan berputus asa, bangkitkan diri, serlahkan potensi. Pointer rendah tidak bermakna kamu gagal dalam semua arena. Bukumu bila akan bertambah? Karya di majalah, nampaknya kamu sudah senyap.



adik, kembalilah.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut