bebel

Tulisan  menggambarkan perasaan?
kadang sebenarnya tulisan seseorang itu hanya rekaan dan terjemahan sebuah keinginan, harapan dan imaginasi si penulis.
ada ketika, penulis seakan terperangkap dalam tulisannya sendiri apabila pembaca -termasuk aku- sering menilai tulisan yang dibaca secara zahir.
Apabila membaca sesuatu yang sedih, aku secara automatik akan menyoal diri sendiri, adakah penulis sedang melalui apa yang beliau tulis, sedangkan mungkin dia menulis daripada pemerhatian, bacaan atau coretan daripada kisah orang lain.
ada ketika seakan lebih seronok mengenali tulisan tanpa tahu siapakah penulisnya. aku tidak akan menilai tulisan dengan peribadinya.
seperti zaman sekolah yang mana aku membaca sesuatu karya tanpa mengetahui siapa penulisnya... Terasa aman dan selesa membacanya.
 Seperti Hlovate yang aku hanya kenal tulisannya, macam Hilal asyraf sebelum aku bertemu dengannya...
Aku tahu, tidak layak menilai seseorang tanpa kenal dekat, namun manusia seperti aku sering sahaja membuat andaian demi andaian sendiri.

Benar sekali ada yang lebih jujur meluahkan kata-kata yang tidak dapat diluahkan dengan baris kata dan bercerita pada kertas kajang dan kini, hanya menaip menggunakan papan kekunci.
Tidak semua orang bebas bercerita secara berdepan.
Dengan tulisan, aku bebas meluahkan semuanya tanpa sekatan. Manusia pemalu juga dapat menulis dengan lancar, namun pasti tidak dapat menuturkan kembali tulisannya dengan kata-kata. Terasa payah kata demi kata meluncur di bibir, setelah tapisan demi tapisan, barulah ia terlantun menjadi buah bicara. Namun sebenarnya dengan  tulisan lebih menyakitkan kerana tulisan mungkin difahami bukan dengan apa yang penulis maksudkan... Belajar untuk meluahkan dan bercerita itu satu anugerah Allah tidak kepada semua hamba-Nya...



ada yang tidak kena  di situ?
Manusia hidup dengan masyarakat.




Ah,
kerisauan tanpa penyelesaian memang tidak punya makna.
Menyendiri dia di satu sudut tanpa hiraukan orang lain, menyudahkan kerja sendiri.
Dia tidak peduli orang lain yang berbicara riang, tersenyum sesama teman yang turut bersama dalam kursus yang dia hadiri hujung minggu itu.
Dia tidak pandai memula bicara, malah lebih payah membuka mulut kali pertama. Hanya kadang senyum mahalnya terukir di bibir, entah manis atau tidak, terasa tidak lebar terbentuk di bibir.
Dalam hati ingin bersuara, namun bukan emas yang ada dalam mulut menghalanya berkata-kata, hanya diri tidak bersedia.
Bila seorang mendekat dan bertanya, dia menjawab sepatah, kemudian diam kembali. Bukan dia tidak tahu, tujuannya ke sini untuk berusaha masuk dalam kehidupan bermasyarakat, belajar bergaul, namun tembok dalam diri entah dibina daripada konkrit jenis apakah hingga sukar runtuh.



Memang tidak runtuh jika diri tidak meruntuhkan.



hahaha.



Bilakah akan berakhir?
Sejak dahulu hingga hari ini.




allah tidak ubah sesuatu hingga manusia itu sendiri berusaha mengubahnya.



sekian, terasa mahu membebel dengan diri sendiri. Ya, memang senang berkata-kata (menulis) tetapi akhirnya ia hanya kata-kata yang beku. Dia masih seorang pendiam, di mana sahaja dia berada. ah, jika dilihat diam, memang dia, kalau sesekali mulutnya seperti bertih jagung, pernah dilihat adakah itu dia....

wassalam... nanti dia membebel semula dan memadamnya kembali apabila terasa kata-kata itu menikam dirinya.

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut