Pinjaman

Gadis syurga itu kembali ke sisi pencipta-Nya,
Dipinjamkan beberapa purnama bertemu ayah, ibu, kakak, abang, dan saudaranya.
Ketentuan Allah tiada penghalang,
Tertulis tarikh kematian di atas Sana,
apa yang terjadi adalah asbabnya...

Gadis syurga itu kekal tersenyum selamanya..
Tenanglah wahai "Kesabaran Kami..." Sabrina...
Seketika Allah pinjamkan,
Memberi senyum ayah dan ibu,
Membuah ria kakak dan abang...
Allah lebih menyayangimu..

Sayang Allah kepadamu melebihi sayang ibu dan kami di dunia.

Al-Fatihah.

*1 Mac 2012, Allah menjemput anak saudaraku yang dilahirkan lima bulan lalu. Betapa Allah menyayanginya, menjemputnya ketika masih suci tanpa calitan dosa... Kakaknya yang berusia empat tahun sudah mengerti, adiknya sudah dijemput Ilahi...

Comments

Umairah. said…
innalillah

sungguhlah, kematian selalunya m'berikan peringatan buat yg masih b'nyawa

Allahhu Allah

moga didikan yg t'tabur, kesabaran yg dibaja, dpt menjamin syafaat & pemilikan Syurga buat ibunya & seluruh ahli keluarga.

ameen3 ya Rabb
salam tazkiah.
-hazen said…
innalillah.

dia menanti yang lain di syurga inshaallah.
umairah,
amin.amin.amin...
cukuplah kematian sebagai peringatan buat yang hidup.

hazen,
semoga. amin. dia gadis syurga.

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut