mengadu

Dengan rasminya tiada PTPTN untuk semester ini dengan tibanya surat di rumah semalam.

(senyum lebar) Saya sudah menjangka sejak awal semester. keputusan yang demikian teruk setiap semester tidak memungkinkan pinjaman diteruskan. Ah, lambat lagi untuk mendapat bayaran buku. :)

Kakak aku kata, dalam surat itu ditulis: "rancang perbelanjaan anda" Baik,. Saya ketawa. Saya masih makan dengan senang lenang dan banyak masa berehat. Apabila hati tidak diisi ilmu, ada perkara lain mengisi. Manfaatkan apa yang kamu ada sekarang.

Alhamdulillah. Apa yang kamu buat itulah yang kamu dapat. Belajar tidak merungut apatah lagi mengeluh. Ada yang tersembunyi, akan terzahir suatu hari nanti.

Apa yang penting, carilah jalan untuk melunaskan hutang-hutangmu sebelum mati. :)

Apa yang penting juga, teruskan belajar walaupun kita kamu grad selepas orang lain sudah bergraduasi.

Apa yang penting, teruskan melangkah wahai diri.

Kecilkan perkara yang besar tetapi jangan besarkan perkara yang kecil.

Sekian terima kasih.

Comments

Jamal Ali said…
Yang penting hati gadang~
Ila Husna said…
Jamal Ali,

benar sekali. :)

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut