Bismillah... Kalian pernah menonton filem Papadom? Semalam, aku menonton filem ini di youtube dan ternyata ceritanya sangat menyentuh perasaan dan memberi pengajaran bagi seorang yang bergelar anak kepada ayah. Baiklah, aku bukannya mahu becerita tentang sinopsis atau tentang filem ini, sekadar berkongsi dapatan setelah menonton filem lakonan Afdlin Shauki ini. Cerita cinta? Cinta seorang ayah kepada anaknya... Kalian pernah bayangkan seorang ayah yang sangat menjaga anaknya hingga anak itu terasa tidak bebas dan terkongkong. Ya, anak remaja sentiasa mahukan kebebasan. Namun ada sebab si ayah berbuat demikian. Aku terkedu dengan dialog sang ayah yang maksudnya hampir begini: " Biasalah kita lelaki tak reti nak tunjuk sangat dengan kata-kata. Jadi Pak Cik buat dengan perbuatan. Pak Cik harap suatu hari dia akan faham. " Sayangnya seorang ayah ini sampaikan sang ayah menunggu anaknya ketika di sekolah.. Sediakan makanan ketika rehat, menunggu setiap hari tanpa JEMU. Hal...
catatan untuk mengabadikan