Pagi. Hari ini aku bertolak ke UIAM semula untuk meneruskan perjuangan dalam semester pendek di sini. Walaupun hanya berjaya mendapatkan satu subjek, aku nekad untuk mengambilnya juga. Maka, seawal pagi aku sudah mula bersiap-siap untuk ke sana. āAh, perut terasa tidak selesa.ā Namun bagi aku itu adalah lumrah kerana aku memang begitu tabiat aku. Seperti biasa aku tidak mengambil sebarang sarapan kerana berhajat untuk makan di stesen bas kelak. Aku bertolak ke Kulim pada pukul 8.00 menaiki bas bernombor 56 seperti biasa. Di stesen bas, kakakku yang sulung sudah menanti seperti biasa dan aku bergerak kepadanya setelah turun daripada bas. Aku dibekalkan dengan kuih-muih untuk dimakan di dalam bas. Tidak sempat bas bertolak, aku yang kelaparan sudah berjaya menghabiskan semua kuih itu. Perjalanan. DI sinilah kisah bermula apabila tekakku tiba-tiba terasa loya dan aku tidak tahu apa yang patut dibuat dan hanya meneguk 100 plus yang dibeli tadi. Aku sudah tidak sabar menunggu bas ...
catatan untuk mengabadikan