1) 29 Oktober 2012, selamat sampai naskah Dandelion dan Trem ke Syurga. Menunggu lama sebelum membeli naskah ini. Apabila mendapat khabar naskah ini akan kehabisan stok, terus mahu membeli. Terima kasih Dr Fahd Razy atas kirimannya. Wang akan dimasukkan kemudian, ya. Sejak 2009 saya mengumpul antologi GKLN dan hanya 3 naskah yang tiada dalam tangan. Melihat nama-nama dalam itu, sebahagiannya saya tahu tulisan mereka dalam dunia maya dan punya bakat luar biasa. Semoga Allah mengilhamkan mereka idea yang baik-baik.
2) Masih menanti kehadiran naskah Salina. Tahun lepas, setelah beberapa lama, barulah saya menghadam naskah Salina. Alhamdulillah, 2012, Salina bakal saya miliki.
3) Wafa Awla, Khamis ini ingat janji kita di KL Sentral. Ila Husna, penulis Friends Forever akan berada di KL Sentral sempena Pesta Buku Islamik 4 KL Sentral pada 1 November 2012 jam 11 pagi hingga 2 petang. (Wah, melihat jadual pada waktu itu akan ada Hilal Asyraf dan Iwan Reaz. :) )
4) 4 November 2012. Serumpun 2012 yang amat saya nantikan. Mahu bertentang mata dengan kak Ummu Hani Abu Hassan, ustaz A. Salim Fillah, dan Suratman Markasan. Hadiah buat diri sempena menjengah 24 tahun 1434 Hijri.
5) 13 November 2012, Heroes Conferences. Menjejak Sirah para Sahabat. Konferens yang menampilkan penceramah antarabangsa.
6) Mulai sekarang, tiada lagi laptop dan hanya menekan kekunci di makmal komputer. Satu peluang mengurangkan masa berada di alam maya. :) Baik untukl yang bernama Jamilah Mohd Norddin.
7) Kepada teman - teman UIA, selamat menemput separuh masa kedua semester 1 2012-2013. Ramai teman saya akan grad sem ini dan sem depan. Tahniah, kalian! Selepas ini masa berbakti di ruang sebenar.
8) Raya Aidiladha yang lalu, bertemu ustazah semasa sekolah rendah. kata ustazah, "dia memang suka menulis. Sejak sekolah rendah lagi. Dia bercakap dengan buku, bukannya bercakap dengan orang.) -sangat betul!
9) Semoga Allah mempermudahkan urusan menulis manuskrip. Deadline hujung bulan ini dan hujung Disember menanti. Buat Ina Nailofar, mari melangkah!
10) Menjadi anak bongsu, melepaskan seorang demi seorang kakak yang menjadi milik orang lain, akhrinya tinggal saya. Kata seseorang, nanti dia kena jalan seoranglah. Kepada kakak-kakakku, kalian yang banyak berkorban untuk adikmu nan seorang ini. :) Terima kasih menjadi kakak terbaik ! Perpisahan akan terjadi cepat atau lambat. Tidak mengapa jalan sendiri, sampai juga insya Allah.
****
yang menulis,
Jamilah Mohd Norddin/Ila Husna.
29 November 2012
4:11 p.m
Comments