11 October 2012

Catatan Tiga Hari Di Tempat Tinggi : Edisi Bergambar

###    Nampaknya entri berkenaan bengkel ITBM-PENA -DBP masih dalam draf sebab aku belum menyudahkan penulisannya. Jadi, molek juga aku utuskan dahulu gambar yang tidaklah banyak aku abadikan sepanjang tiga hari di atas bangunan tinggi berbengkel.


Entri bicara panel akan aku poskan kemudian. :)

Mentari bangun daripada tidur, mentari akan tidur, mentari tersenyum senang. Aku setia menyelak langsir tingkat 26 melihat bandaraya Kuala Lumpur nan sesak. Meski aku tidak terlalu gemar akan kesesakannya, saat aku perhati, terlihat wajah sebenar Kuala Lumpur. Dalam pesatnya pembangunan masih ada hijau di sini sana.

Malam pertama di Hotel Sunway, kami dibawa ke HSKU. Disebabkan terlewat, hanya meja nun di hujung dewan yang masih punya meja kosong. Dan kami -aku, kak Nazimah, Asilah dan Suhada- di satu meja. Untung juga di meja hujung, nampak semua meja lain walaupun sangat jauh daripada pentas. Teruja mendengar nama demi nama yang dipanggil. Tahniah buat yang menang. terus mewarnai dunia sastera tanah air. Kata Prof Hj Muhammad Salleh, dalam dunia sastera, harus berani menjadi tidak popular.

Bilik aku di tingkat 28, namun tidur di tingkat 26 meneman si Gadis pencinta bintang, Suhada. Banyak peristiwa lucu yang terjadi sepanjang tiga hari di sana. Jujur, aku kurang berani menjamah banyak hidangan di sini. :D Naik-turun lif membuatkan aku terasa tidak jejak lantai apabila berjalan dalam kawasan hotel. Ah, aku bukan seorang yang suka naik lif.

Rasanya bilik ini untuk berdua. Mejanya ada dua kerusi. :) Sudah semacam rumah. Teringat kisah Allahyarham Azizi Abdullah yang menyewa hotel menyiapkan karyanya. Memang termotivasi sebab bukan murah untuk bermalam di hotel. hm...

Ini gambaran daripada meja yang aku duduk, di hujung dewan. pelayan di hotel ini kebanyakannya bukan warga Malaysia. Pembukaan dengan lagu hindustan. Ada persembahan tarian, nyanyian. Yang paling mengujakan ucapan wakil Exxon-Mobile, yang bukan berbangsa melayu, tetapi memberi ucapan dalam bahasa Melayu. Menarik!

SN Dr Anwar Ridhwan. Beliau sangat teliti ketika menulis novel. Kata beliau, writer's block terjadi sebab kita tidak bersedia untuk menulis. 

Ini gambaran daripada tingkat 32. Sesak melihat bangunan!

Saya suka perkongsian Dr Lim Swee Tim. Sudah semacam orang Melayu gaya beliau. Kata beliau, dahulu beliau suka menyalin keratan lagu, iklan, dan ungkapan menarik. Dalam sajak mesti ada rangka!

Suasana yang sangat kondusif untuk menulis. Ironinya, tidak ada satu perkataan yang ditulis sepanjang di sini.

Ini sesi paling mengujakan. Gambar kabur dari belakang. Beliau sekolah yang belajar dan mengajar sastera Inggeris tetapi mencintai sastera melayu. Bacaan beliau luas tentang sastera antarabangsa. Figur antarabangsa yang dibawa menemui peserta bengkel.


*** Perkongsian bersama panel akan dipos kemudian.


ila husna
2012

4 comments:

Fathul Khair said...

Assalamualaikum...

Suasana di hotel tu amat sesuai untuk menulis. Saya juga menerima nasib begitu, tidak tertulis sepatah pun.

Jamilah Mohd Norddin said...

Fathul Khair,

ada juga lintas langsung HSKU. :)

Anonymous said...

wah sronoknya:)

Jamilah Mohd Norddin said...

cik anon,

:) Rezeki ke situ.