Skip to main content

Posts

Sedih

Orang selalu kata, kebahagiaan itu apabila kita selalu membahagiakan orang lain. Sebab kebahagiaan itu perlu dijemput. Bahagia tidak datang sendiri. Bagaimana dengan aku? Aku selalu menerima bakti orang dalam hidupku. Sejak aku kecil, sampai usia aku sekarang 30 tahun. Aku merasakannya yang terlalu banyak sangat aku menerima bakti-bakti orang tanpa aku mampu untuk membalasnya kembali. Aku tidak mampu untuk membalas setiap kebaktian yang aku terima. Setiap hari. Daripada ramai orang. Ada ketika aku merasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku banyak menerima jasa orang sedangkan aki tidak menyumbang apa-apa pun untuk orang lain. Sama ada daripada ahli keluarga atau mereka yang ada dekat dengan aku. Kata orang, jika mahu berubah, diri sendirilah yang perlu bertindak untuk mengubah. Aku teringat cerita cikgu Zaini semasa di sekolah menengah. Adakah apa yang aku lalui sekarang sudah menjadi sebati dengam diri, sampai perubahan yang aku cuba lakukan selalu berlangsung sekejap sa...

Catatan Sebelum Februari

Januari belum separuh menjalankan tugasnya. Namun aku ingin bercerita tentang perjalanan baharu yang akan aku lalu Februari ini. Rakan serumah aku, yang sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu akan pulang ke sisi keluarganya. Tentunya aku menerima perkhabaran ini dengan rasa bahagia kerana dia akan pulang untuk membina keluarga bersama keluarga tercinta. Yang akan aku titipkan, doa semoga dia menjadi isteri dan ibu terbaik. Tentang hal ini, dalam perjalanan aku dan kawan aku yang lain, "Tak nak tanya ke saya sedih atau tidak rakan sebilik saya akan pindah?" Jawab kawan aku, nanti saya baca di Facebook. Ya, tentu sekali aku nanti aku menuliskannya lewat media sosial, bahkan sudah bermula sekarang. Dengan menyebarkan tulisan-tulisan yang menunjukkan segalanya akan jadi memori. Tentu sekali ada sedikit kesedihan sementara, namun lebih bahagia kerana kebahagiaannya tentu sekali menjadi sebahagian kebahagiaan aku. Dalam setahun lebih kami berada dalam satu bilik, banyak ha...

Harapan dan Doa

Ketika kita mengharapkan yang baik-baik terjadi dalam hidup, sudahkah kita meminta kepada yang Dia yang mengetahui setiap yang kita zahirkan dan sembunyikan? Masihkah kita enggan berdoa dan hanya berharap? Tidak berusaha namun mahu melihat hasilnya. Berapa banyak pula kesyukuran atas nikmat tidak terkira yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari. Setiap hari... Ataukah kita hanya melalui hari, kerana kita masih hidup. #catatanuntukjamilah "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

10 Catatan 1 Januari

Sebelum angka 1 Januari berakhir, kutinggalkan sedikit catatan di sini. Kepada diriku, 1 Ingat selalu pesanan kepada kamu, bahawa dalam hidup tidak semua kita dapat. Namun Allah menyediakan perjalanan versi terbaik untuk kita. 2 Ketika engkau merasakan ada yang tidak kena, sudahkah engkau periksa hubungan engkau dengan Tuhan dan hubungan engkau sesama manusia. 3 Takdir yang kita lalui, terindah. 4 Melihat orang lain, dan ambil pengajaran. Lihat diri sendiri, dan perbaiki agar kita menjadi diri sendiri versi terbaik. Tidak mengapa jatuh atau gagal berkali-kali, yang lebih utama, bilangan engkau bangkit lagi. 5 Tuhan mengetahui yang paling engkau sembunyikan, dan yang engkau zahirkan. Tuhan tahu semua. 6 Ketika engkau berharap sesama manusia, adakah engkau curahkan juga rasa dan permintaan kepada Tuhan yang mendengar doa-doa kita? 7 Takut ada dalam diri kita, sekuat mana kita menepisnya? 8 Perlahan-lahan, memori akan hilang daripada ingatan. Abadikan dengan tulis...

Hari-hari

Ada hari, hidup yang dijalani rasa aneh. Bermula dengan perasaan tidak enak, lambat masuk kelas 45 minit, tergesa-gesa sampai tidak sempat makan, kelas yang sedikit padat setiap Rabu, duit masuk, duit keluar, tugasan yang terlalu pendek, peperiksaan akan datang... Hidup seorang single bernama Jamilah. Tiada lain yang difikirkan melainkan dirinya sendiri. Sampai kadang dia lupa, dia hidup dalam komuniti. Tadi, guru berbicara tentang psikopath, dan berlawak, "tengok kawan-kawan dekat kamu, yang suka bersendiri." Aku ketawa... #ilahusnabebel #contengdalammrt #sajabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Bersembunyi

Kata-kata Menjadi seorang yang lebih bebas menyuarakan semua rasa dengan kata-kata selalu menjadi hal paling menyenangkan untuk seorang dia. Bahasa kata-kata yang lebih lancar daripada buah bicara daripada bibir katanya. Kadang-kadang. Dia sangat selesa untuk menyuarakan dengan kata-kata, bukan dengan bertentang mata. Dia akan buat tidak tahu tentang banyak hal yang berlaku di sekeliling dia. Semacam dia yang paling tidak mengerti akan semua perkara. Kerana, ada ketidakselesaan apabila dia mengetahui hal-hal yang tidak sepatutnya dia tahu, dan mengubah persepsi dia tentang banyak perkara. Mungkin kerana itu, sehingga sekarang, Tuhan menghadirkan tidak ramai orang dalam kehidupan dia, namun setiap orang yang hadir selalu memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang dia. Sebagaimana pada bicara tersimpan banyak makna yang terselindung, demikian kata-kata. Yang menyimpan bicara secara bertulis. Yang menjadi bahan ketawa ketika sang penulis membacanya semula. Bahasa kata-kata se...

Perbualan-perbualan Malam Masih Berlangsung

Ada ketika, masa sebelum tidur kami diisi dengan cerita dan perkembangan diri masing-masing. Kadang-kadang, berbual kosong... Semalam, kuota perkataanku banyak. Entah perasaan apa yang merasuk diriku. Selesai sesi belek-belek buku, aku bercerita kepada dia tentang impian-impian dahulu yang sudah tertunaikan. "Saya tak tahu nak buat apa lepas ni. Apa yang saya nak, saya selalu. Saya tak tahu nak buat apa lepas ni." Entah bagaimana dan mengapa, kata-kata itu yang terbit selepas aku membebel tentang perjalanan aku selepas SPM sampai hari ini. Perjalanan dengam cerita sendiri. Bukankah setiap kita punya kisah berbeza? Aku bercerita dengan dia tentang banyak perkara. Dan dia melayan sahaja kata-kata aku. Kadang, aku merasakan dia lebih matang daripada aku yang bakal memasuki angka 30. Perbualan-perbualan malam sebemarnya sebagai terapi aku juga. Sejak aku semakin tidak menulis. Sejak aku ada "roomate." Apabila datang perangai luar alam, berceritalah aku tentang...