Skip to main content

Sedih

Orang selalu kata, kebahagiaan itu apabila kita selalu membahagiakan orang lain. Sebab kebahagiaan itu perlu dijemput. Bahagia tidak datang sendiri.

Bagaimana dengan aku?
Aku selalu menerima bakti orang dalam hidupku. Sejak aku kecil, sampai usia aku sekarang 30 tahun. Aku merasakannya yang terlalu banyak sangat aku menerima bakti-bakti orang tanpa aku mampu untuk membalasnya kembali. Aku tidak mampu untuk membalas setiap kebaktian yang aku terima. Setiap hari. Daripada ramai orang.

Ada ketika aku merasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku banyak menerima jasa orang sedangkan aki tidak menyumbang apa-apa pun untuk orang lain. Sama ada daripada ahli keluarga atau mereka yang ada dekat dengan aku.

Kata orang, jika mahu berubah, diri sendirilah yang perlu bertindak untuk mengubah. Aku teringat cerita cikgu Zaini semasa di sekolah menengah. Adakah apa yang aku lalui sekarang sudah menjadi sebati dengam diri, sampai perubahan yang aku cuba lakukan selalu berlangsung sekejap sahaja, dan aku kembali kepada perangai aku yang lama...

Kadang-kadang, aku rasa sedih, marah, geram dengan diri sendiri. Untuk apa yang aku lakukan terhadap diri sendiri. Apa yang aku lakukan untuk masa depan aku sendiri...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Comments