Januari belum separuh menjalankan tugasnya. Namun aku ingin bercerita tentang perjalanan baharu yang akan aku lalu Februari ini. Rakan serumah aku, yang sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu akan pulang ke sisi keluarganya. Tentunya aku menerima perkhabaran ini dengan rasa bahagia kerana dia akan pulang untuk membina keluarga bersama keluarga tercinta. Yang akan aku titipkan, doa semoga dia menjadi isteri dan ibu terbaik.
Tentang hal ini, dalam perjalanan aku dan kawan aku yang lain, "Tak nak tanya ke saya sedih atau tidak rakan sebilik saya akan pindah?" Jawab kawan aku, nanti saya baca di Facebook.
Ya, tentu sekali aku nanti aku menuliskannya lewat media sosial, bahkan sudah bermula sekarang. Dengan menyebarkan tulisan-tulisan yang menunjukkan segalanya akan jadi memori.
Tentu sekali ada sedikit kesedihan sementara, namun lebih bahagia kerana kebahagiaannya tentu sekali menjadi sebahagian kebahagiaan aku.
Dalam setahun lebih kami berada dalam satu bilik, banyak hal yang terjadi. Banyak juga peristiwa yang mendekatkan persahabatan dua manusia yang berlainan usia dan tingkah ini. Perkongsian yang bukan hanya tawa dan tangisan, wang dan makanan, sihat dan episod tidak sihat... Dalam serba ketidaksempurnaan kami belajar tentang makna sebuah kebersamaan. Hidup serumah. Perjalanan kali ini, untuk setahun lebih ini, aku lebih membuka diri aku. Berkongsi dan tidak terlalu menyimpan semua rasa dalam hati sendiri.
Meskipun lebih tiga tahun perkenalan, aku tidak mengenal kamu dengan sesungguhnya, semoga ada sedikit yang kita belajar daripada pertemuan ini. Aku gembira. Gembira dengan pertemuan semula ini, selepas beberapa bulan kita membawa haluan sendiri. Takdir mendekatkan kita untuk kita saling belajar, sebelum kita meneruskan perjalanan masing-masing.
Terima kasih. Untuk setiap hal. Hanya itu yang dapat aku katakan.

Comments